Tuesday, December 4, 2007

Travelog Haji

Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima satu bungkusan Pos Ekspres. Di dalamnya ada buku Travelog Haji Profesor Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, dihantar khas oleh penulisnya sendiri! Bangganya!

Saya mengaku telah menggunakan kabel untuk mendapatkan buku ini, siap dengan dedikasi bertandatangan lagi. Suami saya rupanya sahabat kepada Prof Kamil. Mereka sama-sama belajar di MRSM Kota Bharu, batch yang sama.

Saya belum pernah berjumpa dengan Prof Kamil. Tapi yang kelakarnya apabila suami saya memberitahu nama saya, Prof berkata,”Oooo…M*****! Dia tu kawan baik Puan Norlela Zubir!”

Sakit perut saya tergelak. Itulah. Tumpang glamer di dalam blog orang yang glamer pun boleh terkenal juga…

Jutaan terima kasih buat Prof Kamil kerana sudi menghantar buku ini kepada saya. Semoga Prof dan keluarga sentiasa diberkati Allah.

2 comments:

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum Mun,

Prof Kamil memang glamer. Saya ini pun sedang menumpang glamer dia, hehehe!!! Apa tidaknya, kita pun dalam grup PTS, ya tak???

Prof Kamil sudah saya pilih untuk menjadi mentor. Di sudut hatiku terselit harapan agar jejak-jejaknya sebagai penulis buku best-seller dapat saya ikut satu hari nanti, insyaAllah...

Anonymous said...

Saya perlu belajar lebih banyak lagi. Terlalu sedikit ilmu dan 'skills' berbanding dengan Kak Lela dan Prof Kamil. Sebab itu saya suka ambil aura..