Thursday, February 7, 2008

Keluarga Bahagia

Jam saya menunjukkan baru pukul 1 tengahari.

“Ya, Encik Encik dan Tuan Tuan, sekian sahaja bengkel kita pada hari ini…” Puan Sifu memberi ucapan penutup.

“Eh! Awalnya!” Saya mula kelamkabut. Biasanya bengkel akan berlanjutan hingga jam 5 petang. Pada notis bengkel di UNIKA memang ditulis bengkel ini akan tamat pada jam 5. Gawat gini dong!

Bengkel pada hari itu dikendalikan oleh Syarikat Metadome mengenai mobile content. Ini cuma sesi pengenalan sahaja rupanya, lagipun CEOnya sibuk orangnya.

Saya pula sepatutnya datang sendiri tapi pagi itu saya tidak ada mood hendak memandu berseorangan. Jadi saya meminta tolong suami saya menghantar saya ke Taman Permata. Dia yang jarang menolak permintaan saya bersetuju sahaja.

“Assalammualaikum! Abang ada di mana tu?” Saya menelefon suami saya sebaik sahaja kelas selesai.

“Baru sampai Melaka ni…” Aduh, rasa bersalahnya saya.

“Tunggu saja di situ. Abang sampai lebihkurang jam 3,” jawab suami saya apabila saya memberitahunya apa sudah berlaku.

Hmm…apa saya hendak buat sementara itu, ya?

Saya mengambil keputusan duduk bersama Puan Sifu dan beberapa orang yang lain makan tengahari di restoran hujung blok kedai.

Seperti biasa Puan Sifu rancak berkongsi pengalaman sambil mengajar. Jika duduk semeja dengan beliau memang tidak akan jemu. Saya duduk di sebelah kiri Puan. Ada seorang sahabat berkopiah hijau duduk di sebelah kanannya pula. Di meja itu juga ada Saudara Zamri yang saya sudah kenal dan Saudara Azhar Fable Fox.

Dalam kelas tidak lama dahulu Puan ada memperkenalkan Saudara Zamri. “Dia ini pakar cinta! Tapi dia belum ada isteri atau girlfriend!” Puan memang suka mengusik anak-anak buahnya.

Di meja makan itu saya bertanya, “Yang ini siapa, Puan? Saya tidak kenal.” Saya maksudkan sahabat yang duduk di sebelah kanan puan tadi. Biasalah saya ini. Ada sedikit direct jika ingin tahu. Kaypochi pun ya juga.

“Inilah dia penulis buku Sahabat Kole Kacang!”

Saya kata saya teruja, duduk semeja dengan penulis-penulis yang sudah established.

“Dulu dia ini, bahasa tunggang-langgang juga! Tapi lama kelamaan memang ada kemajuan. Begitulah!” Puan mengusik lagi anak buahnya. Puan bercerita bagaimana sahabat itu datang ke bengkel di pejabat lama dahulu dengan membawa keluarganya masuk sekali. Nampak jelas Puan Sifu bangga dengan penulis-penulisnya. Sahabat itu cuma tersenyum menampakkan gigi.

Kami berbual tentang macam-macam perkara. Dia juga sempat memberi nasihat kepada Saudara Azhar tentang krisis yang dialaminya pada masa itu. Saya terpaksa meminta diri apabila suami saya sampai tepat jam 3.

Kini buku-buku dalam siri Sahabat Kole Kacang menjadi bahan bacaan anak lelaki bongsu saya yang berumur 10 tahun. Semoga penulisnya mendapat pahala sedekah jariah di atas kebaikan yang diperolehi anak saya dari membaca buku-buku tersebut. AlFatihah buat Allahyarham Ahmad Zafran Abdul Mutalib yang kembali ke Rahmatullah pada 3 Februari 2008 lepas.

2 comments:

fendy_ahmad said...

Wawahhh.. Puan Sifu saya pun ada Sifu dia dlm bidang penulisan nampak....

Hehehehhe...gaya penulisan MS pun nampaknya makin best dibace... BraVo !

Anonymous said...

Terima kasih, Fendi. Saya gembira ada orang membaca cerita-cerita saya.