Tuesday, February 19, 2008

One Afternoon in 1980

Suatu hari saya sedang berehat di dalam bilik saya di Blok F tingkat 1, sambil membaca buku cerita. Tiba-tiba sekumpulan kawan-kawan seramai 6 orang berlari masuk ke dalam bilik saya. Mereka menerpa ke arah tingkap sambil cuba melihat ke bawah ke arah covered walk. Kebetulan bilik saya menghadap laluan dari kawasan blok penginapan ke bangunan akademik.

“Cepat! Cepat! Nampak tak? Nampak tak?”

Saya tercengang-cengang. Apa hal pulak ni?

“Kamu nak tengok siapa tu?” tanya saya bersahaja. Tidak berapa berminat mengetahui jawapannya, sebenarnya.

“Tak tahu ke? Budak-budak MRSM Kota Bharu sudah sampai! Mereka mahu lawan bola dengan kita! Kapten mereka cun tau!”

Saya membiarkan sahaja mereka yang masih cuba mendapatkan visual team bolasepak yang dimaksudkan itu.

Kami baru masuk tingkatan 5. Pelajar-pelajar semuanya masih dalam keadaan relaks sebelum memulakan ulangkaji bagi peperiksaan SPM.

Petang itu saya ke tingkat atas dewan makan. Di sanalah terletak satu-satunya telefon awam bagi kegunaan pelajar. Saya menelefon ayah saya bagi bertanya khabar keluarga di kampung.

Setelah selesai saya berlari turun tangga balik ke asrama. Apabila saya sampai di kaki tangga tiba-tiba saya terserempak dengan kumpulan pelajar-pelajar lelaki MRSM Kota Bharu yang baru selesai minum petang di dewan makan. Kami hampir bertembung. Mereka mengelak tapi tak seorang pun dari mereka yang memandang ke arah saya. Saya sempat memerhatikan budak lelaki yang nampak seperti ketua mereka, berjalan di hadapan sekali diikuti oleh beberapa orang pelajar lain.

“Ee! Macam bagus je… Confident smartla tu…” Saya merungut seorang diri. Sakit hati juga apabila dibuat seperti bayang-bayang. Tapi jauh di dalam hati saya berkata, “Hensem juga budak ni…”

Saya tidak pergi menyaksikan perlawanan bolasepak petang itu. Saya dengar Kapten MRSM KB main kotor memeteh kaki Kapten MRSM Kuantan. Saya dapat tahu juga yang pelajar yang hampir berlanggar dengan saya itulah juga Kapten bola mereka. “Dasar!”, saya berkata di dalam hati. Geram saya belum reda.

Saya hanya menjadi pemerhati dari jauh sahaja apabila mendengar update terkini Kapten pasukan bolasepak MRSM KB daripada kawan-kawan saya. Dahulu saya budak jongos, tidak pandai bercerita tentang perkara-perkara seperti itu.

>> Fast Forward…Februari 1981

Sekumpulan pelajar-pelajar dari MRSM Kuantan, Kota Bharu, dan Seremban dijadualkan terbang ke Carbondale, Illinois, USA bagi menjalani kursus TOEFL mereka sebelum ditempatkan di universiti masing-masing. Saya juga salah seorang daripada mereka.

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Subang kami dikumpulkan di satu tempat. Dari jauh saya nampak seorang budak lelaki memakai songkok berjalan ke hulu ke hilir menguruskan sesuatu.

“Alamak! Budak confident smart ni pun ada jugalah…” Dia dilantik menjadi penghulu kami dalam perjalanan itu.

Sekarang setiap kali saya bercerita tentang budak confident smart itu kepada suami saya dia akan tergelak besar.

“Sombong sangat ke abang pada masa itu?”

Memang.

4 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Sungguh indah pula kisah pertemuan ni...

Tak sangka si 'mamat confident smart' dan 'si gadis MRSM Kuantan yang jadi pemerhati' itu kedua-duanya pernah menjadi pendidik kepada saya di alam undergraduate :)

Rasa terhormat pula dapat mengetahui kisah-kisah comel seperti ini :)

Moga bahagia selalu, Ameen~~

Anonymous said...

Waalaikummussalam
Terima kasih di atas doa Fendy. Hidup kita ini penuh cerita kan? Saya menunggu 'story' Fendy pula...:)

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum Mun,

Di Carbondale rupanya cinta Mun & En. Mazuki berputik! Boleh sambung cerita lagi bagaimana boleh kahwin dengan si budak confident smart itu? Hehehe...

Carbondale banyak menyimpan kenangan buat saya sendiri. Di sana kami memulakan hidup selepas sebulan berumah-tangga. Masa kecil Alum juga pun bermula di sana.

Anonymous said...

Kak Lela, Datuk CT kata...Biarlah rahsia...hehehe, jangan marah...