Semalam saya, rakan saya Z, anak-anak saya Oci dan Mick, dan 3 orang rakan mereka pergi menonton teater muzikal kanak-kanak berjudul Hikayat Luqmanul Hakim: Ratu Jengking dan Daun Seribu Nyawa. Pementasan diadakan di Panggung Seri, Taman Budaya Melaka (selepas Tol Ayer Keroh, bersebelahan stesen Petronas di sebelah kiri). Inilah kali pertama saya menonton teater.
Pementasan ini didokong oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pusaka Wilayah Selatan (DBPWS), Multimedia Arts and Theatre Club Universiti Multimedia MMU, dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka.
Ia mengisahkan seorang anak yatim piatu yang lari ke dalam hutan setelah didera oleh ibu tirinya. Dia bertemu dengan segerombolan ulat beluncas dan tinggal bersama mereka di alam Buana Sari. Kemudian, perkampungan puak beluncas telah diserang oleh angkatan panglima Ratu Jengking. Ratu Jengking mencari Daun Seribu Nyawa yang disyaki disimpan secara rahsia oleh puak beluncas. Di dalam serangan itu beberapa elor beluncas terkorban termasuk karektor kesayangan Si Manja (ini elemen kejutan, kerana sebenarnya Si Manja hanya cedera dan pengsan). Penghulu Beluncas pula ditahan sebagai tebusan. Puak beluncas dengan pertolongan Si Luqman telah berjaya mengalahkan Ratu Jengking dan panglima-panglimanya.
Pementasan itu sangat menarik dengan para pelakon/penyanyi yang handal. Pitching tak ke laut, dek! Kostum warna-warni dan karektor-karektor lucu menarik perhatian anak-anak yang datang menonton. Lakonan hebat dari Bonda beluncas dan emak tiri Si Luqman membuatkan penonton menitiskan air mata (termasuk Your Truly, hehehe…).
Yang menarik beberapa watak utama dipegang oleh pelajar-pelajar dari kolej saya. Juga, watak adik tiri Si Luqman di pegang oleh Najihah, rakan sekelas anak lelaki saya JJ, yang saya kenal kerana dia kebetulan tinggal di Taman yang sama. Anak-anak saya sangat suka. Paling tidak saya telah membawa mereka keluar rumah dan tidak menonton Akademi Fantasia yang perabih boreh tu.
No comments:
Post a Comment