Friday, May 9, 2008

Hong Teck Soon

Rumah sewa kami yang pertama di Melaka ialah di Taman Bukit Beruang, berjiran dengan ramai keluarga berbangsa Cina. Di rumah sebelah ada seorang budak lelaki bernama Hong Teck Soon. Peristiwa ini terjadi beberapa bulan setelah kami berpindah ke sana. Anak sulong saya baru dalam darjah satu pada masa itu.

Dari sebelah tembok kedengaran suara budak lelaki Cina itu, “Juwaidi makan ta**!” Beberapa hari perkara ini berlanjutan.

“Ma, budak sebelah cakap tak eloklah pada Abang.”

Saya kata jangan balas dengan kata-kata serupa sebaliknya balas dengan kata-kata baik-baik.


“Juwaidi gila! Juwaidi makan ta**!” Pekat telo Cina budak itu.

“Hong Teck Soon makan aiskrim! Hong Teck Soon makan pizza!” Juwaidi membalas dari sebelah sini.

Senyap.

Beberapa minggu kemudian.

“Assalammualaikum, Juwaidi!”

“Waalaikummussalam, Hong Teck Soon!”


Don’t ask me. I don’t know what happened.

2 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya sungguh suka 'posting' ini :) Teringat di zaman sekolah dulu (saya sekolah campur-campur semua bangsa.. 50% Melayu, 30 % Cina, 20% India)...

Waktu rehat kadang-kadang rakan Cina membawa bekalan dari rumah yang berisi makanan tidak halal. Mereka selalu kata tidak mahu makan di kantin bersama saya sebab takut saya tak boleh nak makan sama sebelah menyebelah. Saya kata tidak mengapa, tidak boleh makan bukan bermaksud tak boleh makan sebelah menyebelah.

Akhirnya kami semua sentias amakan bersama, India Cina Melayu semuanya sentiasa muafakat.

Bulan puasa mereka tidak pernah makan did epan kami malah air pun minum sembunyi-sembunyi.

Itulah lambang perpaduan rakyat Malaysia yang sejati.

Andai saya menjadi Perdana Menteri, akan saya bubarkan semua sekolah yang berkonsepkan perkauman.

Saya kira, apabila segregasi kaum berlaku seawal alam persekolah itulah BARAH awal yang mewujudkan sifat perkauman dan rasa 'hangat' dengan bangsa lain.

Kawan India bernama Velan sentiasa datang ke rumah saya untuk belajar matematik di waktu petang, rakan-rakan Cina saya sentiasa menyokong saya untuk menjadi Ketua Kelas sepanjang kami di sekolah menengah. Mereka juga yang menyokong penuh saya untuk memegang jawatan Presiden Kelab Pengguna Sekolah.

Teladan yang baik dan sifat memahami mereka wajib kita amalkan. Di situ, 'Kedaulatan dan Ketuanan Melayu' akan diiktiraf secara automatis tanpa dipaksa.

Alamak Pn MS, saya sudah terlalut pula.. hehehhee.. bukan apa, saya ini seorang yang amat kuat semangat perpaduan bangsa, takut mengenang apa akan jadi pada negara ini lagi 20-30 tahun mendatang....

Salam :)

Anonymous said...

Betul Fendy, perlu ajar anak-anak kita supaya tidak jadi 'bigots'. Sungguh bagus proses pendidikan Fendy dengan kawan-kawan berlainan bangsa. Saya juga begitu semasa kecil, ramai kawan2 berbilang bangsa.