Lamban -- makanan tradisi kaum Bajau di Pantai Barat Sabah. Biasanya disajikan buat hidangan hari-hari perayaan/istimewa seperti Hari Raya, kenduri kahwin, etc.
Langkah 1 : Pulut dimasak dengan santan (half-cooked)
Langkah 2: Pulut diisi ke dalam daun kelapa muda (Gambar di edit. Terlalu banyak maklumat tambahan di dalam gambar asal)
Langkah 3: Ikat dengan tali rafia (gambar mengikat lupa di ambil...terlalu khusyuk). Saya gunakan rafia warna hijau untuk warna sedondon dengan daun kelapa. Kerja-kerja mengikat dibuat oleh Yana, Mik dan Ochee.
Langkah 4: Rebus sampai masak. (Kilatnya periuk! Nampak sangat dikeluarkan setahun sekali...hehe...)
Tadaa!! Cubaan pertama saya sukses! Boleh dimakan dengan rendang, serunding, peanut butter(?), atau apa-apa saja..
(Yong, kalau mama datang rumah ayong, kasi tunjuk gambar-gambar ni ok!)
2 comments:
Assalamualaikum Mun,
Nampak sedap... Macam ketupat palas pun ada... Mana dapat daun kelapa???
Waalaikummussalam
Kak Lela, ini kisah hari raya yang baru lalu tu. Daun kelapa banyak dijual di pasar peringgit... Baru sempat nak update.
Post a Comment