Sunday, January 6, 2008

Tik-San/Mr T/SiTi


Malam tadi saya tidur seorang diri di dalam bilik tidur tetamu. Tidak! Saya tidak bergaduh dengan Tuan M! Huhuhu… Sebenarnya di dalam bilik tidur saya ada tetamu yang tidak diundang, masuk menyelinap dari bilik mandi petang semalam. Eeeee…saya sangat geli dengan makhluk ini! Geli yang teramat sangat!

Tuan M dan anak lelaki saya cuba menangkapnya tapi tidak berjaya. Licik sungguh dia ni! Habis barang-barang bawah katil diselongkar tapi dia tidak dapat dikesan. Pagi tadi semasa saya masuk mengambil laptop, saya nampak dia berlari dari satu sudut ke satu sudut biik dengan pantas. Pantas sekali sehinggakan saya fikir saya bermimpi!

Saya tidak berani menggunakan bilik mandi saya. Saya sudah fobia!

Awal pagi tadi Tuan M sudah keluar membeli racun tikus.

“Hah! Kenapa beli racun? Kenapa tidak beli mousetrap saja?” Saya geram sebab kalau guna racun dia akan mati dan berbau busuk.

“Sama saja tu,” jawab Tuan M selamba. “Kalau dia sudah mati baru kita mudah untuk mencarinya.”

Ah! Logik lelaki amat mudah. Geram!

Semasa waktu maghrib tadi saya terdengar bunyi kruk-kruk dari dalam almari baju suami saya. Macamana dia boleh masuk ke dalam almari yang tertutup rapat itu? Ajaib! Tuan M bersedia dengan kain buruk lalu membuka pintu almari dengan cepat. Cik T melompat keluar lalu cepat-cepat ditangkap oleh Tuan M. Saya yang berada dekat menjerit-jerit ketakutan. Peluh sejuk memercik keluar dari dahi saya. Betul! Dasar pengecut! Hahaha…

Cik T dimasukkan ke dalam bekas plastik dan akan dibuang jauh-jauh ke satu tempat yang tidak diberitahu kepada saya.

Saya masih akan tidur dan solat di dalam bilik tidur tetamu malam ini. Memori Cik T masih belum pudar.

Note: Saya masih ingat lagi semasa di sekolah menengah sewaktu di Tingkatan 5. Rakan saya Norlita (Arwah. Al-Fatihah.) pernah berkata, “M**, I like your eyes, like Mr T.”

That doesn’t mean I like the critter, ok.

3 comments:

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum Mun,
Ada orang memanggilnya Menti atau Mak Menti. Kata orang, sidia itu penuh misteri. Jika kita mengata dia secara terang-terang, dia akan membalas dendam. Baju-baju kita akan di gigitnya sehingga koyak. Meski pun tersusun dengan baju2 lain, hanya milik kita yang dirosakkan. Oleh itu, cakap siap pandang2, Cakap malam, dengar2... Acah saja, Mun!!!

Norlela Zubir said...

Maaf Mun, cakap siang (bukan cakap siap)...

MS said...

Waalaikummussalam
Saya pun ada dengar begitu Kak Lela. Cik T pun pandai Law of Attraction..hehehe