Sunday, April 13, 2008

Parole Officer


Hari itu sedang pelajar-pelajar saya tekun menyiapkan assignment di dalam kelas, saya tergerak hati memeriksa kedatangan. Biasanya saya memberikan sahaja senarai nama kepada mereka supaya ditandatangani. Saya membaca nama-nama yang ada bertandatangan di sebelah kanannya.

“Damien!” Tiada jawapan. Saya mencari-cari muka Damien yang berambut panjang ke kolar itu. Tiada.

“Hmmm…nampaknya Damien halimunan hari ini. Invisible Man!” sindir saya. Senyap. Tiada siapa yang berani bersuara.

Setelah habis membaca nama-nama mereka yang bertandatangan, saya dapati ada 5 orang pelajar yang mempunyai kuasa ghaib. Damien, Fatin, Chee Tat, Adlina dan Nor. Saya mula menyirap, tapi cuba nampak cool lagi. Pantang nenek moyang saya ditipu di siang hari!

OK, here’s the deal, people.” O-oh… Here it comes…

“Bagi mereka yang tandatangannya ada tapi tuan badannya tidak dapat dilihat hari ini, saya akan memotong sebanyak 5 markah dari coursework. Tolong beritahu mereka. Tapi sekiranya ada di antara kamu yang mengaku menandatangani untuk mereka, saya akan pertimbangkan hukuman itu. Jikalau tiada siapa yang mengaku, markah itu 100% ditanggung oleh mereka.”

Madam!” Saya nampak tangan diangkat.

Yes, Sam? Do you have something to tell me?”

I am sorry Madam. I signed for Chee Tat.”

Thank you, Sam, for being honest.”

Keesokan harinya Chee Tat datang berjumpa saya. Mukanya macam cicak berak kapur.

Madam, please don’t punish Sam. I asked him to sign for me. I bear the punishment 100 percent! I am very sorry, Madam.” Alahai, ada jujur dalam tak jujur.

Tiga pelajar yang lain datang berjumpa saya dan mengaku menyuruh kawan mereka menandatangani. Saya ber”ceramah” panjang tentang dishonesty. Akhirnya, mereka sanggup menanggung 100% hukuman.

“Tak boleh kurangkan, Madam? Banyak sangatlah 5 markah tu.” Budak zaman sekarang. Sudah bersalah mahu tawar-menawar lagi.

“Hmm…Kalau sikit tak rasa pulak kan?” Mereka akur dan berjanji tidak akan buat lagi. Mereka berjanji juga akan aktif bertanya di dalam kelas semasa persembahan projek rakan-akan mereka dan meminta saya memberi mereka markah extra credit bagi menaikkan balik markah coursework. Saya setuju.

Kes Adlina lain pula ceritanya. Dia tidak menyuruh sesiapa menandatangani tapi si penandatangan tidak mahu bertanggungjawap dan berjumpa saya. Malu katanya! Akhirnya demi kawan Adlina sanggup menerima hukuman sepenuhnya.

I’m sorry you have a friend like that,” kata saya, rubbing salt onto an open wound.

Aduhai! Selain dari menjadi seorang guru saya juga berperanan persis seorang pegawai pemulihan akhlak.

4 comments:

azlanlin said...

Pendekatan yg menarik utk anak didik. Memahamkan mereka utk menilai diri sendiri dan rakan-rakan sekeliling. Malah pendekatan itu mampu membuatkan minda anak didik berfikir utk memutarkan pusingan markah tersebut dengan bekerja keras... x gitu sifu? Good approach!

Anonymous said...

Terima kasih Tuan Azlan. Terima kasih juga keana singgah di sini. Saya sangat menghargainya. Saya berpendapat pelajar-pelajar umuran sebegini tidak wajar dileteri dan dimarahi lagi. Mereka mudah 'shut-off' sekiranya kita berbuat demikian.

fendy_ahmad said...

Salam,

Terkenang saya pada satu petang di trimester 3 sessi 2002/2003 pengajian di MMU.

Saya menghala ke sebuah bilik pensyarah di Tingkat 5, pensyarah itu mengajar saya subjek bernama 'Risk Management.' Saya ingin bertanyakan padal 'text book' yang disyorkannya.

Waktu itu rasanya sudah lewat Zohor, rupa-rupanya sebelum saya dan seorang rakan yang mengekori, sudah ada si Shanmugam yang mengetuk ngetuk dan meloncat-loncat di depan bilik pensyarah itu kerana mahu melihat dia ada ataupun tidak sebab pintu berkunci tetapi kelihatan terang cahaya lampu.

Si Shanmugam itu trus berlalu setelah usaha mengetuk dan meloncatnya gagal mendatangkan hasil.

Ditakdirkan Tuhan, saya dan rakan memang 'bertuah' petang itu. Sebaik saja kami sampai did epan bilik pensyarah itu, baru ketuk sekali sepantas kilat dia yang membuka pintu !

Mak aii, pensyarah bukakan pintu untuk kami, bangga tak terkata... Hahhaaaa

Rupanya-rupanya pensyarah itu sudah 'tak tertahan' geramnya pada si manusia yang mengetuk-ngetuk biliknya bertubi-tubi dan terloncat-loncat tanpa henti sewaktu beliau menunaikan solatnya...

Alahai, maka saya dan rakan itu tadi mendapatlah nasihat-nasihat dan teguran-teguran yang berguna sekali walaupun kami bukanlah 'pesalah' itu... hehehhehee

Siapa pensyarah itu... itulah dia si pemilik blog ini... hehehhee

memang dari dulu suka menasihat dengan hemah dan walau telah 5 tahun berlalu, pelajar ini tidak lupa.

Moga 5 pelajar yang diceritakan itu juga tidak akan lupa :)

Terima kasih Puan !

Anonymous said...

Hahaha! Ya, baru saya ingat muka Fendi yang panik pada masa itu! Sorry ya Fendi. Tak pasal-pasal kamu pula yang kena. I guess you still remembered because it was such a traumatic experience for you.