Monday, February 11, 2008

Ethics

Petang tadi saya menerima email dari seorang yang saya tidak kenali. Katanya dia pelajar part-time MBA. Dia meminta tolong saya menyelesaikan assignment Financenya dengan “token of appreciation” sebanyak RM 150. Dateline adalah pada 18 Februari depan. Katanya lagi, jika saya tidak dapat melakukannya, harap saya dapat memaklumkan kepada rakan-rakan saya yang lain.

Dia tidak memberitahu nama penuhnya, asal usulnya, di mana dia bekerja, di mana dia belajar MBA, sudah kahwin atau belum (relevant ke..? hehe), apa jenis assignment, dan juga maklumat lain yang saya kira perlu apabila meminta bantuan (inikan pula berbayar) dari seseorang.

Jikalau perkara ini berlaku pada anda, apa yang anda akan lakukan? Terima atau tidak?

Saya mengambil keputusan membiarkan sahaja email tersebut tanpa dijawab. Saya juga tidak menghantar email itu kepada rakan-rakan saya. Bagi saya tindakannya itu tidak beretika, dan saya rasa terhina apabila dia dengan mudahnya menganggap bahawa kami pensyarah-pensyarah universiti boleh dibeli dengan begitu mudah sekali.

Apabila saya memberitahu rakan-rakan yang lain, mereka bersetuju dengan tindakan saya. Seorang rakan berkata, “Sudahlah minta kita buat a dirty job, bayar murah pulak tu!”

Saya tidak mahu menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas tindakan penulis email itu. Tapi saya rasa seriau apabila memikirkan dia akan menggunakan MBAnya itu bagi meningkatkan kariernya, dan memberi rezeki kepada ibubapa dan keluarganya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

2 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Bersetuju sangat dengan tidakan Puan MS !

Secara personal, saya tidaklah alim tetapi selalu terfikir bahawa mencaris esuatu yg afdal, halal dan bersih itu adalah penting dalam kehidupan ini....

RM boleh dicari tetapi keberkatan dalam tindakan itu perlulah diutamakan....

Anonymous said...

Betul Fendy. Keberkatan daripada Allah lah yang kita cari. Jujur dan ikhlas sentiasa.