Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya mahu melihat anak-anak saya berjaya. Biasanya ukuran kejayaan dilihat pada keputusan ujian dan peperiksaan mereka. Keputusan mereka menjadi punca kelegaan dan boleh juga menjadi punca stress kepada ibubapa.
Dulu saya pun begitu juga. Saya terlalu menekan anak-anak saya supaya mendapat keputusan yang baik. Saya selalu bandingkan mereka dengan diri saya dan juga ayah mereka yang pada masa dahulu boleh dikatakan ‘star’ di sekolah rendah masing-masing.
Tapi tidak kesemua anak saya cemerlang dari segi akademik. Keputusan UPSR anak lelaki sulong saya yang teramat hyper itu membuatkan saya sedih berhari-hari. Tambah tertekan apabila kawan-kawan sentiasa mempunyai ‘expectation’ bahawa anak-anak pensyarah mesti pandai-pandai belaka. Tapi saya fikir yang lebih tertekan adalah anak saya itu. Macam-macam perkara pelik yang dia lakukan.
Saya mengambil keputusan mengubah pendekatan saya. Saya berperanan sebagai motivator, memberi semangat dan sokongan material (Peralatan sekolah dan riadah sahaja. Saya tidak memberikan anak-anak saya gadgets seperti PS dan sebagainya), dan yang paling penting sekali kasih sayang. Saya selalu tekankan bahawa kita dapat apa yang kita usahakan. Jika kita tidak suka apa yang kita dapat, dan jika kita tahu usaha kita belum cukup banyak, maka kita sudah tahu apa yang kita perlu lakukan. Saya akan beri pujian kepada kemajuan mereka walaupun sedikit.
Saya mahu anak-anak saya berdikari dalam pelajaran. Saya tidak mahu mereka muak belajar sehinggakan apabila tiba masa ke universiti mereka sudah bosan. Saya mahu mereka menjadi pelajar seumur hidup, dan bukan hanya belajar untuk peperiksaan.
Anak kedua dan ketiga saya akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR tahun ini. Selain tuition dan study group, mereka masih ada masa bermain dalam band sekolah, menghadiri kelas Arab dan hafazan di luar, dan menulis novel remaja bersama kawan-kawan.
Anak sulong sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM sambil berlatih memanah. Semasa mengisi borang UPU minggu lepas, dia terfikir juga memilih bidang pelajaran yang boleh membantu ayahnya nanti. JJ masih kecil berbanding mereka semua. Dia perlu bimbingan abang dan kakak-kakaknya.
Semoga Allah jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah, memelihara agama mereka, dan membuka hati dan minda mereka menerima pelajaran yang baik-baik.
Adi, Mik, Ochi and JJ, I love you…mmuuahh! Make me proud.

3 comments:
Ayah dan Ibu bagi saya adalah pengingat dan penunjuk cara.. BUKANnnya pemaksa dan pemilih hala tuju....
Alhamdulillah, ibu ayah saya tidak lah berpendidikan tinggi tapi mereka tak pernah jadi PENGGESA, seronok dapat mak ayah yang cukup memahami naluri anak sepenuhnya.. hehehhee
Mun,
Anak-anak perlu dibimbing supaya mempunyai estim diri yang tinggi. Pujian dan penghargaan daripada ibu-bapa meski pun kemajuan mereka itu meningkat sedikit demi sedikit amat besar kesannya.
Ibu-bapa adalah orang-orang yang amat penting di hati anak-anak. Kata-kata mereka sungguh bermakna dan akan melekat di hati mereka sampai bila-bila pun.
Alangkah leganya hati apabila mendengar seorang anak berkata seperti diucapkan En. Fendi : seronok mendapat ibu-bapa yang memahami naluri anak sepenuhnya.
Ibubapa Fendi sangat bertuah mendapat anak sepertinya. Not everyone's that lucky. Much of parenting is trial and error, with no manuals attached at birth. Terima kasih Kak Lela for the advice. Fendi juga selalu jadi pakar rujuk saya kan? Thank you.
Post a Comment