Monday, November 19, 2007

SMS

Hari Jumaat lepas anak sulong saya menelefon dari asramanya minta diambil pulang. Ayahnya yang kebetulan lapang mengambilnya di sana selepas mendapat izin dari penolong pengetua supaya bermalam di rumah. Sebenarnya anak saya sudah satu minggu demam selsema dan batuk. Dia sudah makan berbotol-botol ubat tapi masih juga belum sembuh. Biasalah, ibu mana yang tidak risau. Lagi pula dia sedang menduduki peperiksaan SPM.

Sampai di rumah saya tidak beri dia makan ubat klinik. Sebaliknya saya beri dia makan madu asli. Saya selalu buat begini bila anak-anak batuk. Saya suruh dia rehat sahaja di rumah. Tapi anak ini tidak pandai duduk diam. Petang Jumaat itu dia sudah bermain badminton dengan adik-adiknya. Selepas itu dia mengadu sakit kepala. Kata orang Melaka, sabo jer ler

Petang Sabtu ayahnya hantar dia balik semula ke asrama. Petang Ahad semasa kami sekeluarga dalam perjalanan ke Merlimau kerana menghadiri kenduri kahwin saya menerima SMS darinya.

(Bahasa SMS telah ditukar kepada versi BMR)
Assalammualaikum. Ma, abang dah sihat. Tinggal batuk je. Kadang-kadang pening kepala. Petang ni mama datang bawa biskut tiger 2 pek dan air 100 plus ya. Mengidam lah.

Saya kata nanti saya singgah dulu di Jusco. Dia balas begini.

…Oh, tolong belikan roti yang panjang yang ada krim dalamnya tu…

Apabila dia tahu saya dalam perjalanan ke kenduri kahwin, dia hantar lagi SMS.

Kalau ada tapau-tapau dari kenduri tu lagi best…hehe

Hai, anak zaman sekarang. Pakai main oder sahaja. Semalam masa dihantar balik tidak pula dia terfikir membeli barang-barang itu. Mungkin dia tahu dia sedang peperiksaan dan tambah pula baru baik demam, emaknya susah menolak permintaannya itu. Tapi dia anak yang pandai mengambil hati emak dan ayah. Kami menerima kucupan di kedua-dua belah pipi bila tiba masa hendak balik. Sejuk perut ibunya yang mengandungkan.

2 comments:

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum Mun,
Bersyukur kita kepada Allah kerana nikmatNya meminjamkan anak-anak manja yang menyenangkan hati...

MS said...

Waalaikummussalam
Alhamdulillah. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...Amiiin.