Sunday, November 25, 2007

Highway Patrol…? Roger and “Kompom” Out!

Aduh, laparnya! Tadi selesai saja bengkel bersama Metadome jam 1 tengahari saya terus balik. Rasa malas pula hendak makan dulu. Giant punya tarikan pula tidak cukup kuat buat saya pergi browsing.

Trafik di atas Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Melaka boleh tahan lancar. Sampai di kawasan Bangi ada pula konvoi di tengah-tengah lorong 3-lane yang hendak menghantar saudara mereka ke Nilai Memorial Park. Tiba-tiba saja badan saya terasa seram sejuk apabila memotong kereta yang membawa kotak panjang itu. Isy! Kenapa pulak ni? Saya lega apabila boleh memecut meninggalkan konvoi itu jauh di belakang.

Sampai di R&R Seremban perut saya sudah tidak boleh tahan. Saya berhenti di stesen Petronas lalu singgah di Dunkin Donut. Saya tapau donut mint untuk suami dan anak-anak, dan sandwic tuna dan Iced Caramel Latte untuk saya. Siap makan di dalam kedai saya menyambung perjalanan.

Selepas Bandar Seremban trafik semakin lengang. Lega… Tiba-tiba…

Zasss! Zasss! Zasssss!

Ya Allah! Pelesit rupanya! Dua buah kereta warna kuning dan sebuah kereta warna merah memotong dan mengekori satu sama lain di lorong kanan sekali. Sangat laju sekali! Macam lebuhraya pakcik mereka dibuatnya! Saya tak berapa cam tapi ketiga-tiga buah kereta macam Ferrari model yang serupa.

Di dalam kereta itu pula saya tidak tahu pelesit jenis apa. Yang pasti pelesit-pelesit dari seberang selatan sana.

No comments: