Showing posts with label Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Dari Hati. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Berubah

Melakukan perubahan diri bukanlah perkara mudah. Kita selalu memikirkan apa orang lain akan kata. Dan kita biasanya mengambil masa yang lama untuk melakukannya kerana memikirkan implikasi yang bakal dialami.

Sekiranya aku mula memakai pakaian lebih sopan eg baju kurung, jubah, nanti orang akan kata aku kampungan. Sekiranya aku bertudung, bagaimana hendak menjalankan tugas di pejabat? Bagaimana sekiranya orang sekeliling tidak boleh menerima penampilan baru aku ini?

Sudah beberapa tahap perubahan yang saya lalui. Seingat saya semasa saya masih di universiti, saya mahu mengubah penampilan agar lebih fashionable kononnya. Maka saya membeli pakaian yang saya kira moden, yang mengikut fesyen pada masa itu. Apabila ‘wardrobe’ saya sudah lengkap, saya pergi ke saloon dan memotong rambut saya yang panjang melepasi bahu ke paras ‘collar’. Dengan penampilan yang lebih fit kerana sudah memasuki kelas weight training saya kira saya memang kelihatan stylish. Subhanallah. Itulah perubahan di zaman jahiliyyah saya.

Kemudian sesudah saya bekerja, saya melakukan satu perubahan yang lain  pula. Kali ini saya ingin memakai tudung. Pada masa itu saya membuat keputusan untuk menutup senarai calon suami dan mengambil keputusan bahawa jejaka M adalah pilihan saya. Walaupun dia belum lagi melamar saya, saya kira saya sudah bersedia untuk menjadi isteri orang nya.

Maka sebulan sebelum saya memakai tudung saya sudah mula memakai baju kurung. Saya tidak mahu nanti ada yang pengsan tak bangun-bangun sekiranya mereka melihat perubahan saya yang mendadak. Ini ialah kerana saya ke pejabat memakai skirt dan blouse, dan kadang-kadang memakai suit berskirt. Bila tiba masanya, pada satu pagi semasa bersedia ke pejabat saya meminta tolong kakak saya untuk mengenakan tudung. Tanpa amaran kepada sesiapa. Bapa dan emak terkejut melihat perubahan itu. Bapa, yang kerja di syarikat yang sama dengan saya, tersenyum simpul apabila saya masuk ke dalam kereta dengan memakai tudung menutup kepala.

Sampai di pejabat memang ramai yang terkejut dan ada juga yang bertanya, ‘Ini sementara sajakan? Ini main-main sajakan?’ Mereka bagaikan tidak percaya. Di pejabat saya pada masa itu, memang tidak ramai yang bertudung. Jadi perubahan seperti itu dikira satu berita gempar.

Bagi kedua-dua perubahan itu, saya lakukan untuk diri saya dan bukan untuk orang lain. Yang pertama itu kerana saya memang mahu kelihatan moden. Dan saya memakai tudung kerana saya kira sudah sampai masanya saya menampilkan imej yang sesuai bagi seorang wanita yang sudah bersedia untuk berumah-tangga. Walaupun sebelum ini emak selalu menyuruh saya memakai tudung jika berjalan-jalan ke bandar, tapi saya selalu berkata ‘Nanti je lah mak.’ Bakal tunang saya pada masa itu pun tidak pernah menyuruh atau memaksa saya memakai tudung.

Baru-baru ini setelah kembali dari mengerjakan haji saya mengambil keputusan untuk memakai abaya hitam apabila keluar rumah, sekali dengan memakai sarung kaki. Jauh disudut hati saya masih juga memikirkan apa reaksi orang lain dengan penampilan ini tetapi kali ini saya tidak terlalu risau. Ini ialah kerana perubahan ini dilakukan dengan sebab yang lebih kukuh. Saya lakukannya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt.

Thursday, March 8, 2012

I was a Niqabi

Di Makkah, saya nampak beberapa orang jemaah wanita yang menetap di hotel yang sama dengan saya memakai niqab ke masjid. Niqab ialah kain yang menutup muka dan hanya nampak mata sahaja. Di Malaysia ada yang memanggilnya purdah. Ada 2 jenis niqab yang dipakai. Satu ialah sekeping kain hitam yang dijahit tali getah. Apabila memakainya, tali itu disarungkan di kepala supaya kain niqab itu tetap ditempatnya. Satu jenis lagi yang menggunakan kain ikat kepala sekali dengan kain niqab itu.




Saya teruja dengan niqab ini lalu mengambil keputusan membeli sepasang. Saya memakainya ke masjid atau semasa berjalan ke kedai. Saya sungguh tidak sangka perasaan yang saya alami semasa memakai niqab ini.

Satu hari saya berjalan balik ke hotel berseorangan melalui dataran Bani Hasyim (kawasan lapang bersebelahan bangunan Safa dan Marwah). Sudah ramai jemaah dari berbagai negara duduk di sana, berehat sambil menunggu waktu solat, terutamanya jemaah lelaki. Perasaan yang saya alami sama seperti sewaktu saya mula-mula memakai tudung dahulu, berjalan seorang diri di kawasan kedai-kedai di bandar. Tidak ada sesiapa yang memandang atau membuat bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan. Tentu sekali di tanah suci tiada yang sebegitu biadap. Tetapi di dataran Bani Hasyim itu saya merasa diri seperti invisible, bertelekung putih dan berniqab. Tidak ada sesiapa yang peduli, tidak ada yang memandang dan mungkin cuba meneka dari masa asal saya kerana hanya mata saya sahaja yang kelihatan. Saya rasa aman dan selamat.

Saya kira itulah perasaan wanita-wanita yang berniqab. Tapi persoalannya sekiranya di Malaysia adakah mereka merasa invisible atau semakin menjadi tarikan kerana kalau di Makkah berniqab itu satu norm, di Malaysia pula sebaliknya.

Tuesday, November 25, 2008

A Boy Named Daniel

Entri ini saya tulis di dalam blog pertama saya di blogdrive.com. Pada masa itu bahasa huru-hara dan amat rojak sekali (sekarang pun sama juga tapi ada baik sediikitlah, huhu...). Saya fikir akan tutup blog itu. Tapi saya mahu simpan entri yang ini.

Jan 10, 2007

I cried for Daniel last night. I don't even know how he looked like or which school he went to. But Daniel is now with his Maker. It was Daniel's choice. All he wanted was to go to school. He couldn't pay his school fees because his parents (they were separated) couldn't afford it. When he asked his grandmother for money she told him to quit school and find work.

Do you know how old was Daniel? He was just 12 years old with so many hopes and dreams for his future. He wanted so much to sit for his Primary Six Exams. But he couldn't find his way out of this desperation so he chose the only way he thought he knew how. He hanged and killed himself.

I screamed in my heart, "Daniel! I could have given you the money! Why didn't you ask me?!"

Daniel did not come from North Korea or some war-torn country in Africa. He came from our neighborhood, our own beloved Malaysia. And Daniel's story is not unique. There are so many under-privileged people out there who can barely make ends meet. I know of parents who have to beg the teachers to allow them to pay weeks after the registration day because they just don't have enough money. They have too many school-going children. And let's not get started on the buku pinjaman SPBT. You have to produce all sorts of documents to prove your small salary in order to be eligible. Some parents do not have pay slips if they work by the hour or on contract basis. And they will have problems getting the book loans.

My heart is still crying for Daniel. How many other Daniels are out there?