Showing posts with label Corat Coret. Show all posts
Showing posts with label Corat Coret. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Welcome Back. Again.

Give me a minute. I am trying to find a comfortable writing style that is ... comfortable. I should start writing again. I really should.


And I am thinking of changing the title of the blog AGAIN.

So.

As of today this blog is called [the above title whatever I have chosen it to be].

Friday, January 28, 2011

Selamat Kembali!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini.

Setelah begitu lama menghilangkan diri, entri ini adalah yang pertama sejak lebih setahun yang lalu. Alhamdulillah, saya sudahpun menghantar thesis PhD saya bagi proses pemeriksaan dan viva. Setelah begitu lama, saya lega kerana berjaya menamatkan pengajian saya. Saya fikir saya adalah pelajar doctorate yang paling lama di IPT berkenaan.

Secara rasminya juga tajuk blog ini ditukar daripada 'My Salad Life' kepada 'Kerjayaku Sebagai Perunding Domestik'. Tajuk ini sesuai kerana kini saya seorang surirumah sepenuh masa, sambil menumpukan kepada kerja-kerja freelance. Saya suka juga memanggil diri saya seorang perunding domestik, dan ingin berkongsi cerita-cerita harian saya dan pengalaman saya yang tidak seberapa agar dapat dimanfaatkan oleh pembaca, InsyaAllah.

This is a turning point in my life where I start my journey as a fulltime domestic consultant, overseeing the properties of my husband (the kids, the house, the fish, Me, etc.). Along the way, I hope to share my stories and experiences with you, and hopefully to learn from them.

Welcome back to my world!

Saturday, February 28, 2009

Kingdom Semut

Shen, bos Jabatan Ilmu menjenguk di kubikel Zarg.

“Jangan lupa! Ketua Semut Selat mau berjumpa dengan kita semua di kawasan mesyuarat Burung jam 9 tepat!”

Hai, apa pula kali ini, keluh Zarg.

Sejak perlantikan ketua baru, macam-macam yang perlu dibuat. Ketua Semut yang baru ini kononnya berpandangan jauh. Mahu menjadikan komuniti semut Selat ini yang terbaik seantero dunia semut rantau ini.

Tepat jam 9 semua pekerja semut Jabatan Ilmu berkumpul di kawasan mesyuarat Burung. Kawasan ini mendapat nama ini kerana berada betul-betul di bahagian akar sebuah pokok yang didiami oleh bermacam-macam jenis burung. Kadang-kadang aroma bahan buangan burung meresap ke dalam tanah dan memberikan bau yang sangat harum. Oleh itu, banyak semut yang sentiasa menunggu kesempatan dipanggil bermesyuarat di sini hanya untuk menghirup udara yang sungguh nyaman itu.

Ketua Semut datang dengan pegawai kanan dan kirinya. Dia memakai sesuatu di atas kepalanya, seperti topi yang diperbuat daripada daun kelapa. Ala-ala orang asli yang mahu membuat persembahan tarian sewang. Ketua Semut mempunyai senyuman yang tidak sampai ke matanya.

“Saya ada satu cadangan yang baik,” kata Ketua Semut sebaik sahaja dia tiba. “Saya sudah berbincang dengan ketua-ketua semut di komuniti yang berdekatan dengan kita. Mereka setuju menjadikan sarang kita pusat ilmu di rantau ini. Jadi mulai bulan hadapan kita akan menerima pelatih-pelatih baru.”

“Tuan! Kita belum bersedia menerima pelatih-pelatih yang ramai. Tempat belajar dan tempat tinggal sudah memenuhi kapasiti, Tuan!” Shen cuba menerangkan keadaan sebenar sambil matanya berkelip-kelip deras.

Ketua Semut pula membalas dengan mata yang tidak berkelip. Sambil memberi senyuman plastik yang meleret ke telinga dia berkata dengan kuat, “Itu perkara enteng! Saya mahu kamu adakan jadual yang padat. Kesemua tenaga pengajar perlu bekerja dua kali lebih keras! Mulakan latihan pada awal pagi dan akhiri pada lewat malam!”

Jawapannya itu disambut dengan bunyi protes daripada semut-semut Jabatan Ilmu yang berada di sana. Ada yang merah padam mukanya menahan marah. Ada yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya apa yang mereka dengar.

Tanpa memedulikan reaksi semut, Ketua Semut menyambung lagi. “Bukankah saya sudah memberi kamu ganjaran pada awal tahun ini? Tidak cukup lagikah buat kamu semua? Habis simpanan makanan komuniti ini saya agih-agihkan kepada kamu.”

Ketua Semut membetulkan topinya yang sudah senget lalu berkata lagi, “Seperkara lagi. Saya sudah meluluskan pembinaan tempat tinggal pelatih-pelatih baru. Tempatnya adalah di atas padang permainan yang ada sekarang. Pembinaan akan bermula dengan segera.”

Maklumat ini lebih memeranjatkan kumpulan semut. Di mana anak-anak mereka akan bermain dan beriadah sekiranya padang permainan itu dijadikan tapak tempat tinggal nanti!

Tiba-tiba Keva, seorang yang berpengaruh di kalangan kumpulan semut bergerak ke arah Ketua Semut.

“Tuan, bukannya kami hendak membantah. Tapi kami khuatir tentang keselamatan kami. Pelatih-pelatih dari komuniti baru tidak faham cara hidup kita. Kami khuatir mereka akan membawa budaya yang tidak serasi dengan kita, Tuan.”

“Hahaha!” Tiba-tiba Ketua Semut ketawa besar. Bergegar-gegar badannya sehingga terjatuh topi dari atas kepalanya. Rupa-rupanya kepala Ketua Semut botak licin!

“Saya lebih awal memikirkan perkara itu. Sebab itu saya Ketua dan kamu pekerja biasa sahaja! Hahaha!”

“Saya sudahpun menempah sistem tv litar tertutup bagi keseluruh kawasan ini. Kamu tidak perlu risau! Keselamatan akan terjamin!”

Sambil memandang tepat kepada Ketua Semut, Keva bertanya, “Tadi Tuan kata kita sudah kehabisan makanan. Bagaimana kita hendak membayar sistem yang begitu mahal, Tuan? Setahu saya sistem ini hanya dijual oleh kumpulan Kerengga dan mereka tidak pandai bertolak ansur! Susah kita sekiranya berhutang dengan mereka, Tuan!”

“Diam!” Merah padam muka Ketua Semut. “Saya tahu apa yang saya buat. Saya lakukan semua ini demi kebaikan kamu semua juga. Jangan membantah! Ikut sahaja arahan!”

Dengan itu dia terus beredar dari kawasan mesyuarat diikuti oleh pegawai kanan dan kirinya yang terbongkok-bongkok mengekori dari belakang.

Kesemua yang hadir diam membisu. Mereka risaukan nasib mereka di masa akan datang di bawah Ketua Semut. Tidak ada bayangan kesejahteraan.

Fido yang duduk di sebelah Zarg tiba-tiba bersuara.

“Engkau tahu apa yang aku dengar? Ketua sudah berjinak-jinak dengan kumpulan Kerengga. Dia sudah mengikuti cara mereka. Saya tidak hairan sekiranya dia sudah diperalatkan mereka.”

Zarg kehairanan. “Cara apa yang kau maksudkan?”

“Ada orang nampak Ketua bersuka-ria dengan kumpulan Kerengga di tempat mereka. Mereka memberinya makan buah anggur yang hanya tumbuh di kawasan mereka itu. Buah itukan buah larangan. Kita semut Selat mana boleh makan.”

“Kenapa tak boleh dimakan?” Zarg masih tak faham.

“Sesiapa yang diberi makan buah anggur itu dianggap sebagai orang suruhan mereka!”

“Maksud kamu…,”

“He sold his soul to the devil.”

Tuesday, September 23, 2008

Change

Mana bisa pakai baju yang sama, atau kasut yang sama, atau beg yang sama setiap hari dalam setahun, ya tak. Mesti juga mahu pakai yang baru. Apatah lagi dekat dekat lebaran ini. Jadi inilah wajah baru blog saya. Putih bersih...



Gambar hiasan: 'Artwork' anak-anak semasa sekolah rendah, di satu sudut dinding pejabat saya.

Friday, November 16, 2007

Salad vs Rojak

Jack of all trades. Ini bermaksud seseorang yang buat macam-macam tapi tidak semestinya mahir dalam bidang yang macam-macam itu. Itulah saya. Macam rojak.

Blog ini akan memaparkan kehidupan saya yang rojak ini. Tapi rojak memang kegemaran ramai orang kan?

Selamat datang ke blog saya.