Shen, bos Jabatan Ilmu menjenguk di kubikel Zarg.
“Jangan lupa! Ketua Semut Selat mau berjumpa dengan kita semua di kawasan mesyuarat Burung jam 9 tepat!”
Hai, apa pula kali ini, keluh Zarg.
Sejak perlantikan ketua baru, macam-macam yang perlu dibuat. Ketua Semut yang baru ini kononnya berpandangan jauh. Mahu menjadikan komuniti semut Selat ini yang terbaik seantero dunia semut rantau ini.
Tepat jam 9 semua pekerja semut Jabatan Ilmu berkumpul di kawasan mesyuarat Burung. Kawasan ini mendapat nama ini kerana berada betul-betul di bahagian akar sebuah pokok yang didiami oleh bermacam-macam jenis burung. Kadang-kadang aroma bahan buangan burung meresap ke dalam tanah dan memberikan bau yang sangat harum. Oleh itu, banyak semut yang sentiasa menunggu kesempatan dipanggil bermesyuarat di sini hanya untuk menghirup udara yang sungguh nyaman itu.
Ketua Semut datang dengan pegawai kanan dan kirinya. Dia memakai sesuatu di atas kepalanya, seperti topi yang diperbuat daripada daun kelapa. Ala-ala orang asli yang mahu membuat persembahan tarian sewang. Ketua Semut mempunyai senyuman yang tidak sampai ke matanya.
“Saya ada satu cadangan yang baik,” kata Ketua Semut sebaik sahaja dia tiba. “Saya sudah berbincang dengan ketua-ketua semut di komuniti yang berdekatan dengan kita. Mereka setuju menjadikan sarang kita pusat ilmu di rantau ini. Jadi mulai bulan hadapan kita akan menerima pelatih-pelatih baru.”
“Tuan! Kita belum bersedia menerima pelatih-pelatih yang ramai. Tempat belajar dan tempat tinggal sudah memenuhi kapasiti, Tuan!” Shen cuba menerangkan keadaan sebenar sambil matanya berkelip-kelip deras.
Ketua Semut pula membalas dengan mata yang tidak berkelip. Sambil memberi senyuman plastik yang meleret ke telinga dia berkata dengan kuat, “Itu perkara enteng! Saya mahu kamu adakan jadual yang padat. Kesemua tenaga pengajar perlu bekerja dua kali lebih keras! Mulakan latihan pada awal pagi dan akhiri pada lewat malam!”
Jawapannya itu disambut dengan bunyi protes daripada semut-semut Jabatan Ilmu yang berada di sana. Ada yang merah padam mukanya menahan marah. Ada yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya apa yang mereka dengar.
Tanpa memedulikan reaksi semut, Ketua Semut menyambung lagi. “Bukankah saya sudah memberi kamu ganjaran pada awal tahun ini? Tidak cukup lagikah buat kamu semua? Habis simpanan makanan komuniti ini saya agih-agihkan kepada kamu.”
Ketua Semut membetulkan topinya yang sudah senget lalu berkata lagi, “Seperkara lagi. Saya sudah meluluskan pembinaan tempat tinggal pelatih-pelatih baru. Tempatnya adalah di atas padang permainan yang ada sekarang. Pembinaan akan bermula dengan segera.”
Maklumat ini lebih memeranjatkan kumpulan semut. Di mana anak-anak mereka akan bermain dan beriadah sekiranya padang permainan itu dijadikan tapak tempat tinggal nanti!
Tiba-tiba Keva, seorang yang berpengaruh di kalangan kumpulan semut bergerak ke arah Ketua Semut.
“Tuan, bukannya kami hendak membantah. Tapi kami khuatir tentang keselamatan kami. Pelatih-pelatih dari komuniti baru tidak faham cara hidup kita. Kami khuatir mereka akan membawa budaya yang tidak serasi dengan kita, Tuan.”
“Hahaha!” Tiba-tiba Ketua Semut ketawa besar. Bergegar-gegar badannya sehingga terjatuh topi dari atas kepalanya. Rupa-rupanya kepala Ketua Semut botak licin!
“Saya lebih awal memikirkan perkara itu. Sebab itu saya Ketua dan kamu pekerja biasa sahaja! Hahaha!”
“Saya sudahpun menempah sistem tv litar tertutup bagi keseluruh kawasan ini. Kamu tidak perlu risau! Keselamatan akan terjamin!”
Sambil memandang tepat kepada Ketua Semut, Keva bertanya, “Tadi Tuan kata kita sudah kehabisan makanan. Bagaimana kita hendak membayar sistem yang begitu mahal, Tuan? Setahu saya sistem ini hanya dijual oleh kumpulan Kerengga dan mereka tidak pandai bertolak ansur! Susah kita sekiranya berhutang dengan mereka, Tuan!”
“Diam!” Merah padam muka Ketua Semut. “Saya tahu apa yang saya buat. Saya lakukan semua ini demi kebaikan kamu semua juga. Jangan membantah! Ikut sahaja arahan!”
Dengan itu dia terus beredar dari kawasan mesyuarat diikuti oleh pegawai kanan dan kirinya yang terbongkok-bongkok mengekori dari belakang.
Kesemua yang hadir diam membisu. Mereka risaukan nasib mereka di masa akan datang di bawah Ketua Semut. Tidak ada bayangan kesejahteraan.
Fido yang duduk di sebelah Zarg tiba-tiba bersuara.
“Engkau tahu apa yang aku dengar? Ketua sudah berjinak-jinak dengan kumpulan Kerengga. Dia sudah mengikuti cara mereka. Saya tidak hairan sekiranya dia sudah diperalatkan mereka.”
Zarg kehairanan. “Cara apa yang kau maksudkan?”
“Ada orang nampak Ketua bersuka-ria dengan kumpulan Kerengga di tempat mereka. Mereka memberinya makan buah anggur yang hanya tumbuh di kawasan mereka itu. Buah itukan buah larangan. Kita semut Selat mana boleh makan.”
“Kenapa tak boleh dimakan?” Zarg masih tak faham.
“Sesiapa yang diberi makan buah anggur itu dianggap sebagai orang suruhan mereka!”
“Maksud kamu…,”
“He sold his soul to the devil.”

5 comments:
Akak akak, saya ala lengok itu pekataan aah dikat itu laman negeli laaa: Seantero. apa ah itu akak? Apa pasal itu Karyanet kamus dewan belum bikin itu 'seantero' ah akak? Saya ala perli Kanda saya ahh itu pekataan balu balu bikin
sapa tulis cite semut ni aunty..
Hi Sarah,
Aunty yang tulis. Boring-boring duk rumah hujung minggu tiba-tiba terihlam cerita ini. Based on a true story (human story) :)
Comments?
Salam,
Saya terfikir, kalau Ketua Semut ini jenis yang melanggar hukum bangsanya sendiri dan bersahabat pula dengan kumpulan kerengga yang tidak sepatutnya didekatinya maka akan tiba masanya negara Semut itu kacau bilau dan tiada berkatnya...
Masalahnya, semut-semut lain tidak mampu berbuat apa kerana Ketua Semua mesti merasakan dirinya saja yang betul walhalnya tidak.
Alahai nasib semut-semut ....
Waalaikummussalam
Fendy,
Dalam perkiraan saya yang tak berapa pandai ini, negara Semut akan hancur dalam masa 5 tahun lagi(kalau dikira dalam tahun Semut mungkin 0.95 tahun). Ada semut-semut yang sudah mula mencari tempat busut baru...
Post a Comment