Thursday, March 8, 2012

I was a Niqabi

Di Makkah, saya nampak beberapa orang jemaah wanita yang menetap di hotel yang sama dengan saya memakai niqab ke masjid. Niqab ialah kain yang menutup muka dan hanya nampak mata sahaja. Di Malaysia ada yang memanggilnya purdah. Ada 2 jenis niqab yang dipakai. Satu ialah sekeping kain hitam yang dijahit tali getah. Apabila memakainya, tali itu disarungkan di kepala supaya kain niqab itu tetap ditempatnya. Satu jenis lagi yang menggunakan kain ikat kepala sekali dengan kain niqab itu.




Saya teruja dengan niqab ini lalu mengambil keputusan membeli sepasang. Saya memakainya ke masjid atau semasa berjalan ke kedai. Saya sungguh tidak sangka perasaan yang saya alami semasa memakai niqab ini.

Satu hari saya berjalan balik ke hotel berseorangan melalui dataran Bani Hasyim (kawasan lapang bersebelahan bangunan Safa dan Marwah). Sudah ramai jemaah dari berbagai negara duduk di sana, berehat sambil menunggu waktu solat, terutamanya jemaah lelaki. Perasaan yang saya alami sama seperti sewaktu saya mula-mula memakai tudung dahulu, berjalan seorang diri di kawasan kedai-kedai di bandar. Tidak ada sesiapa yang memandang atau membuat bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan. Tentu sekali di tanah suci tiada yang sebegitu biadap. Tetapi di dataran Bani Hasyim itu saya merasa diri seperti invisible, bertelekung putih dan berniqab. Tidak ada sesiapa yang peduli, tidak ada yang memandang dan mungkin cuba meneka dari masa asal saya kerana hanya mata saya sahaja yang kelihatan. Saya rasa aman dan selamat.

Saya kira itulah perasaan wanita-wanita yang berniqab. Tapi persoalannya sekiranya di Malaysia adakah mereka merasa invisible atau semakin menjadi tarikan kerana kalau di Makkah berniqab itu satu norm, di Malaysia pula sebaliknya.

3 comments:

Anonymous said...

Doakan saya untuk jumpa jalan berNIQab...dah jahit sendiri niqab tu 2 ramadhan lepas..tapi srba tak kena untuk mulakan pemakaian sbb kalangan ahli keluarga dan sudara yg tidak pernah berniqab langsung...dan diri ini masih mencari lagi jalan pulang yg lurus...

MS said...

Assalammualaikum Saudari,
Kalau boleh email saya di krisalisbooks@yahoo.com kerana saya ada sesuatu nak kongsi..

MS said...

Sis Anonymous,
Sebenarnya yg saya mahu kongsi ialah saya sudahpun berniqab sehari sebelum 1 Ramadan hari tu, pada hari Jumaat. Alhamdulillah, tiada masalah langsung memakainya. Suami dan anak2 semua menyokong. Aktiviti berjalan spt biasa malah rasa lebih selesa. Saya juga tiada ahli keluarga yg memakai.