Monday, December 3, 2007

I Got the Blues

Sudah tiga hari saya hilang mood. Saya pun tidak pasti apa puncanya yang sebenar. Mungkin badan saya terkejut apabila lawatan saya dan kawan-kawan (Kak Lela, Shima, Anor) ke Batu Pahat Sabtu lalu terpaksa dibatalkan, gara-gara tuan rumah tidak bersedia. Kami sudah beria-ia hendak pergi. Kami sangat kecewa tapi akhirnya kami membuat kesimpulan, bukan rezeki kami hari itu.

Malam sebelumnya saya sekeluarga meraikan hari lahir anak saya yang ketiga. Oleh kerana kononnya kami akan ke Batu Pahat keesokan harinya maka kami raikan pada jam 12 malam 1 Disember 2007. Saya dan suami berkejar ke bandar selepas sembahyang Isya’ membeli kek aiskrim. Mungkin perut anak bongsu saya terkejut makan aiskrim tengah-tengah malam, dia muntah dan berak-berak pada keesokan harinya. Perut saya pun loya semacam juga.

Hari Sabtu itu pula buat pertama kalinya saya mengunjungi blog Lady D melalui link dari blog Kak Lela. Saya sangat sedih apabila mendapat tahu apa sudah terjadi pada beliau. Saya semakin blues hari itu.

Hari Ahad perasaan dan perut saya masih lagi tidak keruan. Saya ingat perut ini perlu diisi dengan kek coklat, jadi saya masak kek coklat dengan sos coklatnya sekali. Tapi kek itu tidak dapat menghiburkan saya.

Petang tadi saya semakin menjadi-jadi. Saya ke salon peribadi saya (huhu…Orang Rumah Barber Shop) di porch belakang rumah. Sambil saya leka di atas kerusi tinggi itu, perasaan saya tersentuh apabila saya sedar perkara-perkara yang kita selalu “take for granted”. Like this act of love by my husband.

Sambi duduk di atas kerusi tinggi itu saya bersuara, “Ayah, orang nak sedih ni tau. Biarkan saja ya.” Saya selalu beri amaran awal apabila saya ada episod-episod sebegini.

“Kenapa ni?” dia bertanya lembut.

“Saja, sedih.” Saya tidak dapat menahan perasaan lalu airmata jatuh bercucuran.

“Ingat pada siapa?” Dia tahu saya akan jadi begini bila saya rindu pada emak, arwah bapa atau arwah nenek.

“Tak ada, cuma terfikir tentang hidup.” Dia biarkan saja saya melayan perasaan.

Menulis blog memaksa saya mengingat kembali peristiwa-peristiwa lama dalam hidup saya. Itu juga membuatkan saya sedih. Tapi saya perlu melakukannya supaya memori itu tidak hilang dimakan usia.

I’ve got serious blues, babeh! But I’ll be OK soon, InsyaAllah.

(Di petik dari “Comment” di dalam blog Lady D)
"Nobody can remove hurt except Allah. Even if someone tries to cause you hurt, stay firm in your belief and remember that no one can cause you any pain if Allah does not desire it for you. " And if Allah touches you with hurt, there is none that can remove it but He; and if He intends any good for you, there is none that can keep back His favor; He brings it to whom He pleases of His servants; and He is the Oft Forgiving, most Merciful." Yunus 10:107

2 comments:

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum Mun,

Orang kata mereka yang berbintang Pieces (seperti kita) berjiwa 'jiwang'. Saya percaya, malah sangat percaya. Saya ini, Mun, menonton telenovela Tamil (Anamalai) pun boleh menitiskan airmata. Walhal sepatah haram saya tak faham dialog Tamil itu. Saya main teka-teka pun boleh faham jalan cerita dan menjadi jiwang... aduhai!!!

Anak saya menggelar orang seperti kita 'mesra alam'. Mudah memahami, mudah bersimpati dan berempati, mudah tersentuh, mudah menangis, mudah ketawa... Sudah isme badan orang Pieces begini...

MS said...

Hahaha..klakarlah pasal cerita tamil tu! Setuju sangat Kak Lela. Baru tadi menonton rancangan ulangan Oprah yang saya sudah tonton dan tahu ceritanya. Tapi tadi masih boleh menitis airmata. Hai, banyak sangat reserve air di dalam tangki ni...