Wednesday, March 19, 2008

Happy Birthday to Me!

Hari ini hari lahir saya yang ke ‘tooooot’… (kalau mahu tahu juga, saya kembar dengan Vanessa Williams yang berlakon watak Wilhelmina di dalam drama bersiri Ugly Betty. Sama tarikh dan tahun. Except that she’s drop dead gorgeous, of course!).

Saya sudah lama tidak menyambut hari lahir saya. Sekadar ucapan dari orang-orang tersayang sudah cukup bagi saya. Saya terima ucapan dari kawan-kawan rapat MRSM, kakak-kakak, anak-anak dan sudah tentu suami. Oh ya, saya terima sekeping kad di dalam bulan Februari lepas dari Jaya Jusco (sila lihat entri 28 Februari). Seharian saya bersama suami, sarapan dan minum petang di luar bersamanya. It doesn’t take much to make me happy.

Walaupun tidak pernah ada parti hari lahir (hmm..sebenarnya ada sekali semasa saya di sekolah rendah. Jamuan dibuat serentak dengan kakak saya yang menyambut hari lahir di dalam bulan yang sama), saya pernah juga menerima hadiah. Saya masih ingat rakan-rakan sebilik (Shida, Ain, Thu) semasa Tingkatan 5 meraikan hari lahir saya dengan memberikan hadiah dart board yang menggunakan bola ber-velcro. Rakan saya, Noy, pula membawa saya ke bandar, kononnya meminta tolong saya memilih hadiah buat adik angkatnya. Saya betul-betul ‘blur’ pada masa itu dan tidak menyangka apa-apapun. Sehinggakan saya sendiri membalut hadiah yang sebenarnya untuk saya! Kakak-kakak saya pula pernah mengepos hadiah ‘underwear’ sebanyak 7 helai dan menulis hari-hari dalam seminggu di atas setiap satu. Adoy!

Saya kira bukan hadiah yang penting. Sekadar diingati dan dihargai walau dengan apa cara sekalipun.
Ya Allah, Engkau berkatilah umurku, Engkau berilah kepadaku fikiran yang cergas, tubuh badan yang sihat supaya aku dapat melakukan kerja dan mencari rezeki buat keluargaku. Engkau peliharalah diriku, suamiku, anak-anakku, ayahku, ibuku, kakak-kakak dan adikku serta ahli keluarga mereka. Ampunilah dosa-dosa kami yang lepas dan yang akan datang. Hanya kepada Engkau kami berserah Ya Allah.

4 comments:

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum.

Hampir saban hari saya ke sini untuk membaca entri baru. Ke mana menghilang, Puan oiii??? Tup, tup... sudah buat parti hari jadi ya!!!

Selamat Hari Jadi buat Mun yang dikasihi. Semoga Allah berkati hidupmu dan berbahagia di samping keluarga. Semoga Allah makbolkan segala doa dan impianmu. InsyaAllah.

Anonymous said...

Waalaikummusalam Kak Lela.
Terima kasih di atas ucapan dan doa. Laptop buat ragam, masuk workshop. Ini pinjam Tuan M punya. Where got party. Makan-makan dgn Tuan M saja.

fendy_ahmad said...

Assalammualaikum,

Saya pun berulang kali jenguk tapi lama juga tiada perkembangan di sini :p

Sempena ulang tahun kelahiran ini, saya doakan moga pendidik seorang ini hidupnya lebih diberkati Allah Taala, bahagia sentiasa disamping keluarga tercinta, sehat selalu dan hidup penuh ketenangan lagi makmur segalanya.. ~~ Ameen ~~

Anonymous said...

Waalaikummussalam anak murid yang dikasihi,
Terima kasih di atas ucapan dan doa. Memang sudah lama tak update blog. Keadaan keseluruhan kurang sihat.