Saturday, April 12, 2008

Cloud 9

Pengiraan Ustaz Suhaimi rupa-rupanya ada hikmah buat saya. Saya sebenarnya sudah merancang untuk ke Pesta Buku lagi pada hari esok. Ahad lepas anak-anak saya ada kelas Arab. Tetapi si saat-saat akhir dibatalkan kerana Ustaz kata murid-murid yang lain kepenatan berarak Maulidurrasul. Kelas diganti ke hari ini. Tepat jam 10 pagi saya tiba di pagar sekolah. Ai! Kenapa pagar berkunci? Tidak ada kelibat kawan-kawan mereka yang lain. Saya terus menelefon Ustaz.

“Eh! Ada! Mereka sedang mengambil wudhu sekarang ni!” Anak-anak diajar sembahyang Dhuha dahulu sebelum memulakan kelas Arab dan hafazan.

Astaghfirullah! Saya pening kah, Ustaz yang pening? Rupa-rupanya yang ada ialah kelas kumpulan yang satu lagi. Kelas minggu kedua dan keempat, di tempat lain! Anak-anak saya kumpulan minggu pertama dan ketiga. Gara-gara bulan Mac lepas ada 5 hujung minggu, pengiraan saya dan Ustaz sudah tak sama! Esok baru bermula kelas untuk anak-anak saya bagi bulan April, katanya. Aduh! Gimana sih! Esok saya mahu ke Pesta Buku! Gawat gini dong!

Balik ke rumah saya terilham! Aha! Saya boleh ke pesta buku hari ini! “Anak-anak, Mama mau ke pesta buku. Mama kasi pilihan demokrasi. Siapa mahu ikut?” Akhirnya saya dan Tuan M saja yang pergi.

Lebuhraya macet sekali! Kami tiba di kaki lima PWTC pada jam 2.03 pm. Saya tinggalkan Tuan M mencari parking lalu berlari ke dalam bangunan. Saya berkejar ke Dewan Johor di tingkat bawah. Andrea Hirata, penulis novel bestseller Laskar Pelangi dijangka hadir ke sesi diskusi buku pada jam 2 ptg. Kami tidak dihampakan. Selama sejam kami dapat mendengar dia bercerita tentang bagaimana bermulanya idea menulis buku yang hebat itu. Selepas acara diskusi buku, saya mengikutnya ke booth PTS untuk sesi tandatangan buku. Saya membawa buku LP yang saya beli pada hari pertama. Menyesal pula tidak membawa buku kedua dan ketiga. Sudah, sudah, jangan tamak haloba.





Pada pengamatan saya, dan dari cerita-ceritanya, di Indonesia Mas Andrea ini sepopular Siti Norhaliza di sini. Beribu peminatnya akan muncul di setiap public appearancenya.

(Oh, saya berjumpa Puan Ainon di sana. Apa lagi. “Mana buku?” Saya senyum senget sajalah.)

Hari ini saya amat excited dan bertuah kerana selain dari Andrea Hirata, saya dapat berjumpa (dan bergambar) dengan Pak Samad Said, yang ikonik itu. Dia menandatangani bukunya untuk saya dan dengan baik hati juga menandatangani buku SN Usman Awang sekali! Saya harap dia tidak berkecil hati. Di booth PTS tadi, Saudara Zamri dan Saudara Muhd Faisal juga sempat menandatangani buku Rahsia Bisnes Mamak untuk saya.


Jam sudah 4.45pm. Saya ada satu pitstop lagi. Saya berjalan balik ke seberang sana dan mencari booth Ameen Publishing. Kak Lela yang membelikan buku Karya Nan Indah Faisal Tehrani untuk saya minggu lepas terlalu excited sehingga lupa mendapatkan untuk dirinya sendiri! Saya berjanji untuk mendapatkan buku untuknya. Wah! Saya bertuah! Penulis itu ada sedang standby untuk book-signing. Saya sempat berbual ringkas dengan beliau tentang Kak Musalmah Lebar (karektor dalam blognya), kampungnya di Melaka dan etc, etc. Kesimpulan: Cute juga Tuan FT ini! Hehehe, jangan marah… Dalam keterujaan saya (maaf dong ya, hari ini saya terover sudah!) saya lupa mengambil fotonya.

Saya dan Tuan M (yang dari tadi berwindow shopping di The Mall) bertolak balik ke Melaka jam 5.30 petang. Setiap tahun saya ke Pesta Buku Antarabangsa (well, except for last year, because I forgot) tapi kali inilah yang terhebat buat saya.

(p/s: Saya masih ingin mengekalkan anonimasi saya di dalam blog ini. Jadi gambar saya dengan Mas Andrea tidak diupload.Tapi percayalah, memang ada. Kahkahkah)

4 comments:

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum Mun,

Terima kasih menulis entri ini. Dapat bayangkan your excitement... terutama ketika dapat bertemu Si Ikal!!! Apa pun, terima kasih kerana dapatkan buku Karya Nan Indah siap dengan tandatangan FT. Macam mimpi!!!

Anonymous said...

Waalaikummussalam Kak Lela,
Saya macam kucing terperangkap dalam bangsal ikan masin...hehehe...

fendy_ahmad said...

Kisah si Ikal cukup menaikkan semangat saya,

sebagai pendidik, saya dapat rasakan betapa tingginya semangat cikgu si Ikal dan kawan-kawannya di sekolah buruk itu.

Romantis sungguh mengenangkan saat-saat Ikal jatuh cinta sama amoi kedai itu. Kiuttt sangat cara percintaan itu.

Laskar PELANGI membuatkanh orang yang tidak suka baca novel macam saya ini pun jatuh hati sungguh dengannya.

OOO Andrea Hirata, bagus bangat kamu punya skill... waduh2 !!!

Anonymous said...

Fendy sudah baca Sang Pemimpi dan Edensor! Saya boleh ketawa terkeke-kekek dan kemudian menangis in a matter of a few pages. Hebat!