Friday, October 31, 2008

Kaki Botol

Ya. Saya memang kaki botol. Botol perfume, botol makeup, botol olive oil, botol apple cider. Apa-apa saja botol kaca yang cantik bentuknya, walaupun sudah habis dipakai saya akan menyimpannya. And don’t get me started on cookie bottles. You think I am odd? You should see my elder sister. Lagi kronik.


Tapi bukan botol saja. Kotak teh, kad hari jadi, kad ucapan, tiket konsert (dari lebih 20 tahun yang lalu, and it wasn’t even mine!), kad jemputan kahwin saya sendiri (dari sebelah perempuan dan juga lelaki) surat-surat lama (e.g. surat daripada adik bongsu semasa dia masih di sekolah rendah, juga lebih kurang 20 tahun lalu, surat daripada arwah ayah semasa saya di universiti dahulu), hadiah dari kawan-kawan/kakak, ada yang diberi 15 tahun dahulu. Beberapa helai pakaian nostalgia universiti. Isy! Dan macam-macam lagilah.

Dan saya juga mengumpul stem, sampul surat hari pertama, wang kertas dan syiling Malaysia dan negara-negara lain.

Apa maksud hobi yang pelik ini? Insecure? Sentimental? Crazy?

Oprah pernah membongkar rahsia seorang wanita yang asyik membeli dan menyimpan barang-barang yang tidak diperlukannya. Dia melonggok semua ‘stuff’ itu di setiap ruang di dalam rumahnya. Bilik tidurnya teramat sesak sehinggakan tempat untuk dia dan suaminya tidur hanyalah satu ruang yang sempit di atas katil. Di dapati wanita itu mempunyai masalah melepaskan anak-anak yang sudah besar keluar dari rumah. Jadi dia menggantikan kehilangan itu dengan barang-barang yang tidak diperlukan. Wow! Blame it on the children! How convenient. Anyway, she got help and now keeps a very tidy house.

Orang-orang jenis ini dipanggil hoarders. Adakah anda juga seorang hoarder?

I don’t hoard. I just keep.

Okeh?



3 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Mun,

Saya juga suka simpan barang-barang lama - timbul nostalgia...

Salah satunya pen. Sekarang sudah ada banyak pen, berbagai bentuk dan rupa. Yang paling lama adalah pen Sheaffer pertama dibeli semasa mula jejak kaki buat A'Level di UK 30 tahun yang lalu. Masih elok dan boleh dipakai.

Saya masih guna mesin jahit kesayangan saya (yang usianya lebih tua daripada anak sulong saya yang sekarang ini sudah berumur 28 tahun). Juga 'baby stroller' (kepunyaan anak itu yang kini sudah jadi ibu) pula saya tolak ke sana ke mari memuatkan cucu, jika mereka sekeluarga pulang bercuti ke rumah.

Kamera pertama saya beli (Canonet 28) semasa tahun 1976, masih elok dan berfungsi (Semasa saya ke Bangkok tahun 1996 mengiringi peljar USM, saya terjumpa kamera serupa saya itu di Muzium Fotografi..hi! hi!). Cuma jika orang lain ambil gambar guna kamera itu, tak menjadi. Hanya saya seorang yang tahu setkan fokusnya dan gambarnya cantik!...ha! ha!

Banyak lagi barang lama-saya sayang dan jaga, periuk belanga semasa saya belajar di UK dulupun saya masih guna - buat ikan lengat taruh asam keping itulah!...Tidak mengapa, kita boleh gang, ya?

Gambar telefon itu - mengingatkan saya akan telefon pertama Telekom pasangkan di rumah sewa saya semasa baru pulang dari UK tahun 1981. Cuma warnanya hitam - mahu bertanya, mana mahu dicari sepertinya sekarang ini?

Wasalam...

Jun said...

akak..ok ape hobby ni as long as sume in order kan? x sepah2..jun suke gak simpan sket2 tp x byk la..sbb umah kecik..x d tempat nk simpan.
so far, jd tukang buang barang pon yer..mainan kids sbb diorg jenis syg semua brg..so, kna buang senyap2 la..heheh

Anonymous said...

Waalaikummusalam
Dr Umi,
Kita serupa rupanya...hehehe. Saya juga masih menggunakan kamera SLR analog yang dihadiahkan oleh suami. Nampak oldschool tapi masih berfungsi dengan baik. Tentang telefon tu, itu saya ambil dari pejabat lama. Pada masa tu tiada siapa yang hargai, disimpan dalam almari buruk sahaja. Mungkin masih ada dijual di antique market Ipoh. Tryla cari.

Jun,
Barang-barang tu akak simpan macam treasure. Anak-anak tak boleh kacau. :)