Thursday, October 9, 2008

Marathon Trilogi

Saya tulis entri ini selepas pesta buku 2008 April lalu tapi entah bagaimana tidak diposkan di sini. Sebagai rekod yang saya ada menulis tentang Trilogi Andrea Hirata, saya poskan entri lama ini. Okla tu kan...?

April 15, 2008

Phew! Saya siap membaca Trilogi Laskar Pelangi dalam masa 7 hari (secara efektifnya 4 hari) berakhir baru sekejap tadi. Tidak pernah saya begitu khusyuk membaca novel Melayu seperti ini. Kesimpulan mudah saya terhadap buku-buku Mas Andrea Hirata:

Laskar Pelangi – Magical

Sang Pemimpi – Mengharukan

Edensor – Inspirational, ‘Menjatuhkan Dagu’ (jaw dropper)

Jalan hidup anak Belitung ini bagaikan diatur-atur satu demi satu sehinggakah kita yakin hanya satu kuasa yang amat besar yang menentukan jalan hidup kita yang sudah pasti tidak boleh disimpulkan sebagai satu kebetulan.

Begitu bijak cara penulis ini sehinggakan saya seperti melihat wayang gambar, dan dapat merasakan emosi penulis di setiap bab-bab buku-buku ini. Pada satu masa saya terkekek-kekek ketawa dengan telatah mereka curi-curi menonton wayang sehingga ‘kedapatan’ dan dipaksa pula berlakon di hadapan seluruh warga sekolah mereka. Ada masa saya menahan nafas panik bersama mereka meredah gelora lautan untuk berjumpa dengan Tuk Bayan Tula tapi perasaan itu hilang serta merta dan kembali ketawa membaca azimat Tok Bayan Tula kepada Mahar dan Flo. Saya menangis tersedu-sedu bersama Ikal yang mengejar Ayahnya berbatu-batu, juga apabila dia mencium kain pemberian ayahnya jauh di perantauan. Terbayang sewaktu saya baru kehilangan ayah sendiri, kain pelikat Bapak menemani saya tidur dan dicium puas-puas apabila terlalu rindu. Terlalu banyak babak-babak yang mengesan jiwa saya.

Sangat istimewa cerita hidup anak-anak Melayu ini. Ianya harus dijadikan inspirasi kepada anak-anak zaman sekarang agar mempunyai angan-angan dan mengejarnya sedaya mungkin. Juga menjadi pengajaran bahawa pendidikan sangat penting bagi mengeluarkan diri dari ikatan rantai kemiskinan.

2 comments:

Anonymous said...

Aiyoo...Saya sebagai warga negala malasia mesti repot jugak akak pada DBP loh....Mencemarkan bahasa ibunda mah...Menjatuhkan Dagu??? Alamak! Talak boleh 'meng-gangakan' itu maciam ka? Terjemah perkataan ka akak atau kita terjemah maksud itu? Tapi soli la, saya pun bukan itu pandai loh. Saya bahasa kantonis pon ada jugak fail lah hehehe

Anonymous said...

Jangan marah, itu akak hantam saja. Jangan repot ah..