Sunday, November 9, 2008

The Fog Index


Fog Index atau Indeks Kabus (Gunning Readability Formula) ialah satu cara yang digunakan bagi mengukur kebolehbacaan atau readability sesebuah bahan penulisan. Skala yang digunakan mengukur jumlah perkataan di dalam ayat dan juga peratus perkataan yang sukar difahami di dalam ayat tersebut.

Sebagai perbandingan, Majalah Times dan Newsweek mempunyai Indeks Kabus = 11 iaitu sesuai dibaca oleh pelajar berumur 18 tahun ke atas (tamat sekolah menengah). Readers Digest pula mempunyai Indeks Kabus = 9 iaitu mudah dibaca oleh pelajar berumur 12 tahun ke atas (tamat sekolah rendah). Jurnal akademik atau professional mempunyai Indeks Kabus antara 15 hingga 18.

Di dalam teknik menulis, beberapa perkara perlu diambil perhatian supaya faktor Kabus Tebal tidak berlaku.

Pertama ialah jumlah perkataan di dalam ayat. Ayat yang mudah dibaca tidak mempunyai lebih daripada 12-16 perkataan (tidak termasuk ‘ini’, ‘itu’,’dan’, dsb).

Kedua ialah jumlah penambahan imbuhan ‘ber’ dan ‘ter’ di dalam perkataan. Semakin banyak imbuhan digunakan semakin payah dibaca. Sebaiknya gunakan kata dasar atau kata akar sahaja. Contoh penambahan: ke_an, pe_an. Penggunaannya (contoh: makan > pemakanan) menimbulkan katanama yang abstrak.

Ketiga ialah struktur logik di dalam ayat. Bila logik ayat tunggang terbalik, pembaca menjadi keliru. Contoh: Minum ubat ini dua kali sehari. Sebelum minum, goncang dahulu.

Ayat yang mudah dibaca ialah ayat yang sama dengan jeda nafas. Sekiranya anda perlu menarik nafas beberapa kali bila mambaca satu ayat, maka ayat tersebut terlalu panjang.


Rujukan:
Bengkel Penulisan Puan Ainon Mohd -- SifuPTS
http://www.fpd.finop.umn.edu/groups/ppd/documents/information/Writing_Tips.cfm
http://www.as.wvu.edu/~tmiles/fog.html

4 comments:

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum. Bagus entri ini, Mun. Ustaz Hakimin baru-baru ini meminta tips untuk menulis. Entri ini elok dibacanya.

Anonymous said...

Waalaikummussalam.
Terima kasih Kak Lela. Saya harap dapat menjadikan blog ini lebih informatif.

fendy_ahmad said...

Salam,

Tenkiu, info ni baguss...

Saya suka menulis dengan ayat memeperli serampang 4 mata..hahaa..banyaklah indeks kabusnya..hahhaa

Anonymous said...

Sama-sama...