Kami biasanya belajar di perpustakaan universiti. Itulah rutin kami setiap malam, melainkan malam hujung minggu. Mungkin kerana sudah biasa dengan sistem ‘prep’ di asrama, kami terbawa-bawa hingga ke universiti. Tetapi malam itu kami tukar rutin. Kami mengambil keputusan makan malam di restoran Denny’s sambil mengulangkaji. Apatah lagi malam itu cuaca musim panas nyaman sekali. Kami tidak mahu melepaskan peluang lepak-lepak sambil belajar.
Malam itu saya bersama rakan-rakan se rumah, Ana dan Ee, dan juga Kak Fuz pergi menaiki kereta milik kami. Kami membeli kereta itu setelah berfikir panjang tentang kos dan penyelenggaraannya. Maklumlah wang biasiswa cukup-cukup makan sahaja. Kami fikir tidak elok asyik meminta brother-brother Melayu tolong hantarkan apabila kami hendak membeli barang-barang dapur atau hendak mencuci baju di laundromat. Walaupun komuniti Melayu di sini suka bantu-membantu kami rasa tidak selesa selalu meminta tolong. Lalu kami mengambil keputusan membeli sebuah kereta Buick dengan harga $700.
Kami ada lesenkah? Tiada. Habis? Kami membawa secara haram. Siapa pemandunya kalau bukan saya. Ana dan Ee kata saya paling ganas di antara kami(*). Saya pun kurang pasti apa maksud mereka itu. Saya tidak pernah belajar memandu kereta apatah lagi kereta otomatik. Tetapi dari kecil saya suka bertanya dan belajar sambil memerhati bapa apabila dia menyelenggarakan keretanya. Saya melihat cara dia memeriksa minyak hitam dan mengisi air di tangki. Saya juga selalu memerhati cara bapa memandu kereta. Saya suka bertanya macam-macam kepadanya, ‘Pak, ini apa?’,’Pak, itu apa?', ‘Pak, kenapa perlu buat itu?’,’Pak, benda ini apa gunanya?’. Mujur bapa sabar melayan pertanyaan saya. Sekali sekala dia rimas dan memarahi saya bertanya macam-macam. Saya diam tapi tidak lama. Secara semulajadi saya memang sangat ‘curious’ tentang kebanyakan perkara.
Selesai makan di Denny’s kami pun terus balik ke rumah. Seperti biasa saya memandu. Jalan yang kami lalui itu menaiki bukit di kawasan perumahan berdekatan dengan kampus. Tiba-tiba enjin kereta mati. Rupa-rupanya saya lupa mengisi minyak. Meter penanda sudah turun di bawah paras E. Pada mulanya kami semua biasa saja. Saya berkata kepada mereka, ‘Tunggu di sini, saya pergi beli minyak di bawah sana.’ Mujur tidak jauh di bawah bukit itu ada sebuah stesen minyak dan ada pula sebiji botol di boot kereta. Saya pergi seorang diri ke stesen minyak itu.
Apabila saya balik ke kereta saya terkejut kerana kereta itu sudah ditolak ke dalam driveway salah sebuah rumah di situ. Ada dua orang pelajar universiti yang lalu di situ sambil berjogging telah berhenti memberi pertolongan. Kata mereka tangki minyak biar tertonggeng dengan bahagian depan kereta dalam posisi menurun. Setelah mengisi minyak yang dibeli tadi, mereka cuba membantu menghidupkan enjin tapi tidak berjaya.
Tidak lama kemudian sebuah kereta polis lalu dan terus berhenti.
“Good evening, ladies! What seems to be the problem?”
“No gas.” Salah seorang daripada kami menjawab. Saya sudah tidak tentu arah kerana takut diminta menunjukkan lesen memandu yang tidak pernah diambil. Ambil ujian bertulis pun belum pernah.
“Kalau saya masuk jel, tolong bawakan buku-buku saya, ok.” Dalam keadaan cemas itu, itu sahaja yang saya ingat dan pesan kepada mereka bertiga.
Salah seorang daripada pegawai polis itu masuk ke tempat duduk pemandu lalu cuba beberapa kali menghidupkannya. Setiap kali tidak berjaya, semakin sejuk dada saya.
Tiba-tiba….Vrrooommmm! Vrroom, Vrroom..! Bersungguh benar polis itu menekan pedal minyak.
“Ok, you’re all set. Next time make sure you have gas.” Dengan pesanan itu mereka pun berlalu. Dua orang pelajar lelaki tadi pun turut beredar.
Tanpa berkata apa-apa kami semua masuk ke dalam kereta dan saya terus memandu pulang.
Serik?

Naaaahh.
(*)ganas-ganas jelita, gitu.
2 comments:
kelakar betul..boleh rasa betapa menggelabahnya waktu itu kan..
Hehe..memang betul. Sudah terbayang tidur di lokap masa tu...
Post a Comment