Saturday, April 4, 2009

Psst...!!

Assalammualaikum! Hey, I’m still here! Wow! Sebulan tak berasap blog ni. Dasat2. Akak terpelanting ke dalam keadaan yang menggawatkan. House work, office work. Final exam preparation, midterm exam preparation, invigilation, PIBG, PhD, grant, classes. Aduh, letih…

Sampaikan sekarang ada masalah pernafasan pula. Bila tarik atau hembus nafas, especially bila tidur malam, paru-paru macam tak cukup kuat. Secara otomatik, otot bahagian tengkok (ke bahagian mana Akak pun tak tau) akan (how to say) ada spasm. Macam sawan aje Akak bila bernafas.

Seringkali ada anxiety attack apabila banyak benda nak dibuat pada satu masa. Mujur ada kaunselor in-house .. buat tumpang-tumpang mengadu, bahu untuk menangis (hahaha…shoulder to cry on).

Masa cuti sekolah hari tu sempat balik kampung jumpa mak, kakak-kakak, adik, dan anak sedara. Bawa Mik, Oci, dan JJ sahaja. Juwaidi dan ayahnya ditinggalkan kerana mereka ada kelas. Seronok balik kampung. Kakak sulong sewa kereta untuk kami bawa jalan-jalan. Dia bijak, sewa kereta Unser sebab saya boleh pandu kereta tu, jadi keluar saja dari airport saya sudah ternobat jadi pemandu pelancong. Hehe…balik dari Keningau ke Kota Kinabalu ambil masa 2 jam sahaja…ngeh, ngeh. Akak katanya rempit atas Banjaran Crocker.

Alahai, best dapat jumpa mak. Dapat baring di sebelahnya semasa dia duduk bersila membaca Quran sambil menunggu waktu Isyak. Sedap suara mak. Dapat ziarah kubur Bapa. Dapat bergurau dengan adik beradik. Kami ada wavelength yang sama. Selalunya pada masa yang tak sesuai je…

Di Pejabat Tanah Keningau sedang menunggu pegawai di kaunter. Mak duduk di atas kerusi yang disediakan. Saya, Along dan Bang Nik berdiri di kaunter.

Along: Chil (panggilannya pada BN), kau mau dengar satu joke? Hehehehe…

BN: Eh, kakak ni! Tengokla tu, di sini baru dia nak buka cerita. (Tersenyum)

MS: Saya pun ada, saya pun ada! Kakak dulu lepas tu saya!

(Kami ketawa berdekah-dekah.)

Mak: Shhh!

(Kami berpandangan dan tersenyum.)

MS (berbisik): Beri sinopsis sajalah kak. Nanti dalam kereta kakak cerita.

Along: Ini pasal budak yang sudah belajar luar negeri selama 15 tahun….

MS: Kah, kah, kah! Macamana ni! Joke saya pun sama!



Ehem, ehem… Sori, melalut.

Next entry saya letak gambar-gambar cuti di Keningau.


Note: Maaf, entri ini menggunakan bahasa rojak.

0 comments: