Setelah begitu lama menghilangkan diri, entri ini adalah yang pertama sejak lebih setahun yang lalu. Alhamdulillah, saya sudahpun menghantar thesis PhD saya bagi proses pemeriksaan dan viva. Setelah begitu lama, saya lega kerana berjaya menamatkan pengajian saya. Saya fikir saya adalah pelajar doctorate yang paling lama di IPT berkenaan.
Secara rasminya juga tajuk blog ini ditukar daripada 'My Salad Life' kepada 'Kerjayaku Sebagai Perunding Domestik'. Tajuk ini sesuai kerana kini saya seorang surirumah sepenuh masa, sambil menumpukan kepada kerja-kerja freelance. Saya suka juga memanggil diri saya seorang perunding domestik, dan ingin berkongsi cerita-cerita harian saya dan pengalaman saya yang tidak seberapa agar dapat dimanfaatkan oleh pembaca, InsyaAllah.
This is a turning point in my life where I start my journey as a fulltime domestic consultant, overseeing the properties of my husband (the kids, the house, the fish, Me, etc.). Along the way, I hope to share my stories and experiences with you, and hopefully to learn from them.
Welcome back to my world!
Welcome back to my world!