Saturday, June 28, 2008

Multi-Tasking

Tu dia! Dekat sebulan blog ini tidak berasap. Maklumlah, tuannya amat gawat sekali setelah tiba-tiba pembantu Indon melarikan diri entah ke mana. Ditambah pula dengan semester yang baru bermula, anak-anak bersekolah, urusan rumahtangga dan lain-lain lagi.

Sarapan pagi, hidangan tengahari, kelas, kerja pejabat yang lain, menyelia projek penyelidikan, menjadi penasihat pelajar-pelajar yang sentiasa mempunyai masalah serius, hidangan malam (recycle pagi), laundry, sampah, sapu dan mop lantai, melipat pakaian, dll, dll, dll. Owh, PhD? Apa tu?

Memang penat, semput dan stress. Tetapi ada ‘upside’nya juga. Anak-anak saya sudah pandai menggosok baju sekolah sendiri, membasuh kasut, melipat baju, dan kadang-kadang masak. Dan rupa-rupanya bakat terpendam Tuan M dalam bidang masakan dan kerja rumah amat terserlah. Mujur ada dia membantu saya. Kalau tidak sudah pasti saya patah dua(belas).

Oh ya, saya pula sudah turun 2.5 kilo dalam masa 2 minggu! Hebat!

Sahabat saya pula datang berjumpa.

“Jadual umrah saya di bawa ke hadapan. Saya pula sudah ‘commit’ mengadakan training dengan PKNS. Boleh tolong gantikan tempat saya?”

Saya pula ada satu perangai pelik, yang kadangkala mengundang masalah kepada diri saya sendiri. Dalam hal-hal training ini walaupun saya ada beberapa masalah logistic dan jadual, saya selalu akan sanggup sahaja melakukannya. Saya tidak mahu tertanya-tanya pada diri sendiri, “I wish I have done that” atau “Apa akan berlaku sekiranya saya setuju melakukannya?”. Dalam hal ini, memang sah saya sedikit menyesal tapi oleh kerana sudah bersetuju, saya harus terus melakukannya.

Alhamdulillah, penyediaan bahan sudah selesai. Kalau tidak mana mungkin saya bisa bersantai menulis blog ini sambil minum milo ais tabur.

Doakan saya berjaya melakukan semua tugas-tugas saya ini!

2 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Wah, jatuh 2.5 KG dalam masa kurangs ebulan, TAHNIAH :P .. patut nampak lebih laju ketika berjalan..

Hmmm, nanti dulu.. mungkin juga jalan lebih laju tu sebab dah turun kilogram atau mungkin juga kerana banyak bend ayang nak dilakukan.. mana satu ya .. hehehe

Anonymous said...

Waalaikummussalam,
Hehe..Saya sudah semulajadi berjalan laju. Tambah pula dengan berbagai perkara yang hendak diselesaikan, makin lajulah pula pergerakan saya. Silap-silap kalau brek tak makan, boleh jatuh tersembab (?) ke lantai.