Sunday, August 10, 2008

Cinta Pahlawan (Khalid Salleh)


perkasa membekas di telapak kakinya
ranum perjalanan menggelongsorkan masa lampau
hayat perjuangan menuturkan ranjau cinta
pada tanah pusaka tinggalan moyangnya
sejarahnya bermula di sini
rumpun Melayu dan gugusan kepulauan rantaunya
adalah tanah kedaulatan yang dijadikan rupa bangsa
negara dan bahasa Melayunya
kerana itulah makna kewujudan
peradaban dan kebenaran
sebuah kerajaan bernama Melayu
kelangsungannya melakar berbagai warna
Pertugis, Belanda dan Inggeris
meruntuhkan berbagai petaka bermula di Melaka
berikutnya mengusulkan luka berpanjangan
menyilang kenakalan di halaman kesejahteraan
dadah, perebutan kuasa, mencampuri kuasa raja-raja Melayu
melimpahkan pendatang yang tidak menghormati peradaban
adalah ranjau yang sedang menganak sungai di mana mana
cinta pahlawan mesti dilaksanakan
dengan makna berbangsa bernegara dan beragama
tanah warisan moyang ini adalah pusaka bertuah
di dalamnya mengandungi resah yang mesti dipadamkan
rumah dan sawah ladang kami jangan dibiarkan
sekam dijamah api boleh membakar hanguskan
sebuah ketamadunan
di sinilah akar kedaulatan yang mesti dipertahankan
diperjuangkan secara bijaksana
ikhlas bermaruah

2 comments:

Anonymous said...

Uih best sajak. Erm kalau chek nak blajaq tuleih sajak kat mana ya buleh? Ni sajak ori ke puan? Sajak kena rhyming macam mana agak nya...ish ish ish...abang KJ tak habaq kat chek pon macam mana nak buat...ya la semua orang bechi kat abang...hehehe. Erm puan, ajaq la macam mana nak sajak erm 'KJ Orang di Benci' ataupon erm Kanda Jaguh (K - J)hehehe

Anonymous said...

Saudari anonymous,
Sajak tu sajak ori. Anak-anak dalam gambar tu yang membacanya. Saya tak pandai bersajak. Tulis pantun pun huru hara. Semua pantun mesti bermula dengan 'Anak itik berenang-berenang'. Kalau tak percaya tanya kawan-kawan saya. Maaf ya. Sori pada abang KJ saudari tu.