Wednesday, February 11, 2009

AlFatihah

Tengahari semalam lebihkurang jam 1 tengahari saya dapat panggilan daripada Madiah, sahabat MRSM Kuantan. Dia mengajak saya ke Hospital Sg Buloh untuk melawat sahabat kami Joe.

“Dia collapse di rumahnya. Sekarang dia koma.”

Terkejut benar saya kerana baru 3 hari lepas, hari Sabtu, kami baru berjumpa beliau dan keluarganya. Kami ke rumah Allil di Nilai, juga sahabat MRSM, kerana Allil buat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Beberapa orang sahabat MRSM juga datang. Isterinya, Masyitah ialah junior kami beberapa tahun di MRSM. Saya sempat berbual-bual dengan Masyitah semasa makan. Katanya dia sudah bosan bekerja, dan berangan-angan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Saya tak dapat ikut Madiah kerana ada kelas pada jam 2 hingga 4. Semasa di kelas, handphone saya yang di‘silent’kan bergetar-getar di atas meja bilik kuliah. Balik dari kelas saya menguruskan beberapa perkara dan lupa membaca sms. Rupa-rupanya ada beberapa missed call dan sms dari 4 orang sahabat. Lebihkurang jam 5 baru saya membaca sms.

Our friend, Joe, passed away at 3pm today.

Saya terus menelefon suami dan memberitahunya. Dia sudah kenal ramai sahabat-sahabat MRSM saya kerana kebetulan belajar di universiti yang sama atau berjumpa semasa reunion dan sebagainya. Kami mengambil keputusan untuk pergi ke Sungai Buloh. Saya diberi peta ke kawasan rumah Arwah Joe di Kundang.

Di dalam perjalanan saya rasa biasa sahaja. Seperti hendak pergi bertandang sahaja. Saya pelik. Mungkin kerana berita itu terlalu mengejut dan otak saya belum register sepenuhnya. Tapi sampai sahaja di tol Sg Buloh kaki saya mula sejuk dan jantung saya berdebar-debar.

Joe sudah tak ada. Aku ni nak pergi melawat jenazahnya.

Sampai di surau Bandar Baru Kundang, sudah masuk waktu Isyak. Jenazah sudah siap dimandi dan dikapankan. Selesai solat Isyak, mereka terus sahaja solat jenazah dan segera ke tanah perkuburan Tasik Puteri. Laju dan efisen saya lihat urusan jenazah di sini.

Kami ikut ke tanah perkuburan. Saya duduk menunggu di wakaf berdekatan pintu masuk. Keadaan kawasan perkuburan gelap. Hanya kawasan penyimpanan jenazah sahaja diterangi lampu.

Sahabat-sahabat satu batch MRSM Kuantan, ie Alil, Bad, Murad, Fauzan, Mail, Dagu, Jamal, Misai, Zam, Asmadi, Kerok, ZulGelap, Pazir datang melawat Arwah Johari Maaros aka JoePatah buat kali terakhir. Arwah meninggalkan isterinya Masyitah, dan 4 orang anak, berumur di antara 15 dan 4 tahun.

AlFatihah buat Arwah Johari Maaros. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

4 comments:

VimmiYasmin said...

al fatihah untuk arwah.

Anonymous said...

Terima kasih Puan Vimmiyasmin

Anonymous said...

Salam Sis, saya tahu perasaannya sebab pernah kehilangan 3 orang sahabat karib. Macam tak percaya yang diorang dah takde, kan? Al Fatihah.

Anonymous said...

Sis Iza,
Walaupun boleh dikira dengan jari berapa kali saya bercakap dengan beliau, kalau berjumpa pun sekadar senyum dan bertanya kabar sahaja, tapi dia sebahagian daripada satu kumpulan yang sangat erat pertaliannya. Terima kasih mendoakan beliau.