Assalammualaikum! Hey, I’m still here! Wow! Sudah sebulan lamanya blog ini tak berasap. Dahsyat2. Saya terpelanting ke dalam keadaan yang menggawatkan. House work, office work, final exam preparation, midterm exam preparation, invigilation, PIBG, PhD, grant, classes. Aduh, letih…
Sehinggakan sekarang saya ada masalah pernafasan pula. Bila menarik atau menghembus nafas, terutama semasa tidur malam, paru-paru macam tidak cukup kuat. Secara otomatik, otot pada bahagian tengkok (atau bahagian mana saya pun tak tahu) akan bergerak sendiri (spasm). Semacam sawan sahaja bila bernafas.
Seringkali juga saya dilanda anxiety attack apabila banyak benda hendak disiapkan pada satu masa. Mujur ada kaunselor in-house, tempat mengadu, tumpang bahu untuk menangis (shoulder to cry on :p).
Pada masa cuti sekolah lepas, saya sempat balik kampung jumpa emak, kakak-kakak, adik, dan anak saudara. Hanya Mik, Oci, dan JJ sahaja yang ikut sekali. Juwaidi dan ayahnya tidak ikut sama kerana mereka masih ada kelas. Seronok sungguh balik kampung. Kakak sulong saya menyewa kereta buat kami bawa jalan-jalan. Dia bijak menyewa kereta Unser kerana dia tahu saya boleh pandu kereta tu. Keluar saja dari lapangan terbang saya terus sahaja dinobatkan menjadi pemandu. Saya harap dia tidak menyesal kerana dari Keningau ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam sahaja. Saya merempit di atas jalan Banjaran Crocker.
Alahai, seronok dapat jumpa emak. Saya dapat baring di sebelahnya semasa dia duduk bersila membaca Quran sambil menunggu masuk waktu Isyak. Sedap suara emak. Dapat ziarah kubur Bapa. Dapat bergurau dengan adik beradik. Kami ada wavelength yang sama, tetapi selalu pada masa yang tidak sesuai …
Di Pejabat Tanah Keningau sedang menunggu pegawai di kaunter. Emak sedang duduk di atas kerusi yang disediakan. Saya, Along dan Bang Nik berdiri di kaunter.
Along: Chil (panggilannya kepada Bang Nik), kau mau dengar satu joke? Hehehehe…
BN: Eh, kakak ni! Tengoklah tu, di sini baru dia nak buka cerita. (Tersenyum)
MS: Saya pun ada, saya pun ada! Kakak dulu, lepas itu saya!
(Kami ketawa berdekah-dekah.)
Mak: Shhh!
(Kami berpandangan dan tersenyum.)
MS (berbisik): Beri sinopsis sajalah kak. Nanti dalam kereta baru kakak cerita.
Along: Ini tentang budak yang belajar di luar negeri selama 15 tahun…

MS: Eh? Macamana cerita kita ini sama! Cerita saya pun tentang itu juga!
Next entry saya letak gambar-gambar cuti di Keningau.
Note: Maaf, entri ini menggunakan bahasa rojak.