Wednesday, June 4, 2008

Minyak Naik = Naik Minyak


Wednesday June 4, 2008 MYT 7:01:41 PM

Petrol to cost RM2.70 from midnight (updated)
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi on Wednesday announced price hikes for petrol, diesel and electricity. He said the new price for petrol is RM2.70 a litre, effective midnight tonight. The price goes up by 78sen from the current RM1.92, a hike of 40%. Abdullah also announced that the price of diesel would be increased by RM1 from RM1.58 to RM2.58. He also said that Tenaga Nasional Bhd would be raising electricity rates by 18% for homes and 26% for business users. The announcements are part of the new fuel subsidy plan.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/4/nation/20080604175025&sec=nation

Lebih kurang jam 6.15 petang tadi saya di dalam perjalanan pulang dari Bandar Hilir bersama emak saya. Kami ke sana membeli barang-barang ‘sampangan’ atau buah-tangan untuk keluarga di Sabah. Tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada suami saya (dengan izin ya, bercakap di telefon bimbit sambil memandu. Ngeh.)

“Tolong isi minyak kereta, ya. Harga petrol akan naik ni.”

Semasa lalu di stesen petrol di Bukit Baru, barisan kereta sudah panjang, melempah ke jalan raya. Di stesen Petronas dan Shell berdekatan Jusco, malah Esso di kawasan Hospital Pantai yang biasanya lengang pun sudah banyak kereta yang beratur. Suami berpesan beli minyak di Shell Ayer Keroh berdepan dengan kilang Mamee kerana di situ kawasannya luas. Alhamdulillah, saya dapat mengisi minyak dan mujur ada membawa wang tunai yang mencukupi. Sistem pembayaran dengan kad kredit pula ada masalah. Bayangkan huru-hara ini pastinya berlaku di seluruh Malaysia. Mana tidak 'jam' sistem komputer.

Saya sempat menelefon dua orang kawan saya. Seorang daripada mereka, apabila di tanya, ”Sedang buat apa tu? Awak tak isi minyakkah?”

Dia dengan nada geram berkata, “Saya sedang termenung ni. Saya rasa hendak keluar parti!”

Sudah pasti beras, ayam, tepung, dan segala-galanya akan naik bermula esok. Aduhai, rakyat Malaysia.

Jadi, apa perlu kita buat selepas ini?





2 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Dasar yang berubah-ubah, sekejap tak aksik orang asing isi minyak di Malaysia,sekejap dah boleh semula.. Memula kata pterol naik Ogos, tetiba naik mengejut...

Kalau kepala pemimpin pun terpusing-pusing, apa lagi rakyat....

Anonymous said...

Saya perlu mengira semula bajet bulanan. Huhu...seram nak tengok baki setelah tolak semua perbelanjaan harus.