Sunday, September 7, 2008

Entri Kilat

Assalammualaikum. Ini entri kilat. Bukan banjir saja ada kilat tau. Saya letak gambar-gambar aktiviti saya sejak minggu terakhir Ogos.

Jumaat minggu cuti sekolah Ogos 2008: Lunch dengan kawan-kawan MRSM Kuantan Batch Ke3. Meraikan Shel yang bercuti dari London (sebenarnya dia yang belanja). 32 years of friendship. Ini belum kira keseluruhan Batch 3 lagi. Huh! Boleh runtuh bangunan!
Thank you Shel, hantar Dashen ambil saya (di Melaka) dan Shida (Bangi).
Can you guess saya yang mana satu? Hehehe...
@@@


Lepas lunch naik Rapid KL di KLCC dengan Shida ke KL Sentral then naik komuter ke Bangi. Ya Ampun...sesaknya.
Decided to wait for Hubby di Bangi walaupun dia ada di KL pada masa tu.
Hubby lambat sampai ke Bangi. Cermin kereta kena pecah di KL.

@@@

Ambang Merdeka 2008: Solat Zohor di Masjid Tengkera. Pertama kali solat di sini. Cantik dan unik masjid ini. Saya suka kolahnya yang besar.


@@@

Malam Merdeka: Ke KL dengan Juwaidi mengambil pembantu baru di stesen Pudu. Sampai Pudu jam 11.45 malam. Tepat jam 12 kedengaran dentuman bunga api dari Dataran Merdeka (teka aje). Orang sekeliling nampak selamba. Mungkin kerana lebih 60% yang berada di kawasan itu bukan warganegara Malaysia.




Malaysia Merdeka!

3 comments:

Anonymous said...

Alaa...orang Msia dengan kemerdekaan lali ngan nikmat kot kak hehehe...Gitu Rapid kira sesak ke akak? Belum 'sesak' London stail lagi noo....berdiri bawah ketiak org hehehe. Ish ish ish, akak bertuah la...ada kekanda main pick up pick up walaupun luar KL. Bila saya besar saya pun nak bersuami yang boleh pick-up pick-up. Tapi dia kena hensem la, erm dan ahli sukan, dan pandai masak dan erm boleh cakap jerman erm dan...Argh! Mamat mana pon jadi ah, akak kan?

Anonymous said...

Hi,
Dalam Rapid masih boleh ambil gambar lagi Dek Non. Yang sesak tu Komuter. Berdiri sepanjang jalan, senyum-senyum kambing aje dengan si Shida. Nak cari Mamat biar yang pandai pujuk ya. Mana tau stail merajuk tak makan saman tu...

Anonymous said...

Rapid ngan Komuter ada beza ka akak? Chek besa naik kerbau aja...abang KJ pimpin. Pasai cari mamat yang pandai pujuk tu kan kak propeser, kiranya kena buat 'sudden death' lah, kalau guna lingo bola (maaf kak propeser, KJ prop-pret2 tak habieh2 pasai bola). Nak testing merajuk makan saman ke tak: merajuk sekali, tengok dia mai pujuk tak. Kalau tak mai, dia dah cabut la...sudden death kan?