Raya fever sudah berlalu. Sekarang bermula pula Exam Fever. Minggu ini ialah minggu Final Exam anak sulong saya di universiti. Minggu depan pula bermula PMR buat Ochi. Minggu selepas itu JJ pula akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Kemudian Mik pula dengan SPM.
Masing-masing dengan gaya belajar dan mengulangkaji. Apa-apa pun yang penting asalkan mereka berusaha. Saya cuma berperanan sebagai pemberi peringatan sahaja. Saya sudah tidak panik atau stress semasa peperiksaan besar mereka. Tidak seperti semasa Juwaidi menduduki peperiksaan UPSR dan PMR dahulu. Maklumlah anak sulong katakan. Expectation diri dan orang lain membuatkan saya tertekan. Tapi tidak lagi. Saya tidak boleh jadi pemaksa. Anak-anak harus tahu saya menyokong mereka dan mendoakan kejayaan mereka. Yang mereka perlu buat ialah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan tawakal.
Bagi saya pula minggu ini juga pelajar-pelajar saya menduduki peperiksaan akhir semester mereka. Rata-rata mereka risau kerana secara tradisinya saya dikenali sebagai cikgu yang brutal di dalam penyediaan soalan peperiksaan. Seorang pelajar saya dari Yemen memberitahu rakannya, ‘Jika saya lulus peperiksaan Corporate Finance ini, saya akan berpuasa seminggu!’. Ali, Ali. Jangan tak ditunaikan nazar kamu itu nanti.
Cerita brutal itu cuma mitoslah.

4 comments:
Salam,
Pn. MS pernah menjadi 'cikgu' saya di tahun 2 pengajian ijazah dahulu...
Memang apa yg dicoretnya itu benar-benar belaka... hahahaaaa, siapa tidak kenal Puan MS, soalannya dan gaya pemarkahannya mmg merisaukan kami pelajar-pelajarnya...
Hahhahahaaa, yg pasti saya tidak gagal subjeknya tapi tidaklah cemerlang mencecah A .. hihihi
Hahaha...mcm dah rasa yang Fendy akan kata begitu...
Cikgu cikgu! Saya tau ah kenapa cikgu brutal loh...Ala olang paksa cikgu masuk itu English debate lah waktu cikgu lagi itu solo munya time...Lepas itu cikgu manyiak gelam lah, jadi cikgu lepas geram pada orang lain lah. Ada pandai ka saya teka Nancy Drew?
Akak tak marah kena paksa masuk debate tu, sebab dengar cerita (Akak tak ingat sebab terlalu panik itu jam) itu team sudah menang nombor satu. Dapat hadiah apa ah? Akak tak ingat pun terima hadiah apa-apa...
Post a Comment