Saturday, December 6, 2008

Mawi, Ekin dan ShahRukh Khan


a) Selamat Pengantin Baru. b) Selamat datang ke Malaysia (sekali lagi).

Itu saja yang saya mahu katakan tentang perkara di atas (banyak kerja lain yang perlu difikirkan. Nya urang Berunai, malas ku ingau!)

Post seterusnya terilham dari entri Sis Aliya. Saya ambil beberapa petikan daripada buku ‘Men Are From Mars, Women Are From Venus’, John Gray.

(Saya gunakan ‘perempuan’ dan ‘lelaki’ sebagai perbezaan jantina sahaja. Konotasinya tidak relevan.)

Apabila perempuan berkata, “You don’t love me anymore”, sebenarnya dia ingin berkata, “Today I am feeling as though you don’t love me. I am afraid I have pushed you away. I know you really do love me, you do so much for me. Today I am just feeling a little insecure. Would you reassure me of your love and tell me those magic words, I love you. When you do that it feels so good.”

Lelaki pula mendengarnya sebagai, “I have given you the best years of my life, and you have given me nothing. You used me. You are selfish and cold. You do what you want to do, for you and only you. You don’t care about anybody. I was a fool for loving you. Now I have nothing.”

Satu perkara yang memeningkan perempuan ialah apabila lelaki tiba-tiba tidak mahu bercakap (ini selalunya terjadi selepas episod pertengkaran). Menurut John Gray lagi, lelaki dan perempuan memproses maklumat dengan berbeza. Apabila perempuan berfikir atau merenung sesuatu perkara, dia lebih suka berkongsi dengan seseorang lain yang sanggup mendengar. Proses ini normal bagi perempuan.

Lelaki pula memproses maklumat dengan berbeza. Mereka lebih suka memikirkannya sendirian sebelum memberi respon. Secara dalaman mereka mencari-cari respon yang terbaik dan betul. Proses ini mungkn mengambil masa beberapa minit, beberapa jam (atau mungkin beberapa hari — MS : bahagian ini saya tambah menurut pengalaman. Ngeh, ngeh). Dan yang lebih memeningkan perempuan ialah sekiranya lelaki itu tidak cukup maklumat untuk memberikan respon, dia mungkin tidak akan respon sama sekali.

Perempuan membuat andaian bahawa apabila lelaki diam dia berkata, “I am not responding to you because I don’t care about you and I am going to ignore you. What you have said to me is not important and therefore I am not responding.”

Perempuan akan mula berfikir yang bukan-bukan. “He hates me, he doesn’t love me, he is leaving me forever.” Kemudian datang pula perasaan takut, “I am afraid that if he rejects me then I will never be loved. I don’t deserve to be loved.”

Aduih. Rumitkan? Sahabat saya Shel pernah berkata sebaik selesai membaca buku ini, “Kenapa buku ini tidak dijadikan bacaan wajib di sekolah, hah? Saves us all the trouble.”

Betul sangat.

(Akan datang: Memahami Lelaki dan Gua.)

5 comments:

Sarah said...

dalam banyak perkara..lelaki dan perempuan memproses dalam arah yang bertentangan kan.Kita fikir lain...mereka fikir lain..

Anonymous said...

Betul tu Sarah. Sebab itu perlu belajar memahami supaya tekanan darah tidak selalu naik...! hehe...

Anonymous said...

Yipeee!!! Kalu ini maciam ah akak, Kanda Jaguh saya sayang saya lohhh! muah muah muah!Saya ada itu text dia macam macam lah...dia bikin donno aja...Las las bila saya sudah kata: 'Aisey, kanda, saya ingatkan you gentlemen ahhh...apasal bikin sneyiap senyiap?'. Baru dia ada bilang: 'macam mana saya mau bikin apa yang you suruh...saya tak faham pun apa you bikin'...Hehehehe...Selama ini rupa-rupanya dia blur bila saya banyak prop pret prop pret tapi tarrak beritau loh. Alamak...saya lagi sayang lah akak? Dia blur cute sangat hehehe. Dan dia memang hensem pon. Mula mula kawan saya juga ada rekemen...:p

Anonymous said...

Kawan akak yang kata itu : "Kenapa buku ini tidak dijadikan bacaan wajib di sekolah, hah? Saves us all the trouble"....saya halap dia sudah pandai sekalang dan ada abang hensem macam Kanda saya hehehe. Tapi Kanda, SAYA PUNIAYA...kawan akak tak leh intterap...Soli manyak soli k?

Anonymous said...

Kawan saya itu pura-pura tak tahu tapi sebenarnya banyak tahu. Saya pun kadang-kadanh tak tahu apa dia bikin...