Oops! Sebut betul-betul, Kg. Janda Baik!
Inilah pertama kali saya menjejak kaki ke dalam kawasan Kg Janda Baik. Kami sekeluarga bertolak jam 930 pagi, 25 Disember 2008. Pertama kali juga Juwaidi memandu kereta di dalam perjalanan jauh. Ayah mereka berehat di tempat duduk belakang, dan saya pula jadi co-pilot.
Saya memberitahu Juwaidi, “nasib Abanglah pagi ni, dapat ‘the passenger from *toot*’!”.
“Kenapa pula, Ma?” Dia tak faham.
Dalam perjalanan barulah dia faham.
“Eh, laju sikitlah. Atau masuk lane tengah! Ada kereta di belakang tu!”
“Kenapa laju sangat ni? Inikan turun bukit!”
Dah faham? Hehehe…
Dia ketuk lutut saya perlahan. “Laju salah, perlahan salah…”
“Don’t say I didn’t warn you…!”
Tiba sahaja di Kg Janda Baik, kami menghubungi En Atal, tuan rumah homestay di mana kami akan menumpang. Kami ditempatkan di rumah abangnya (kami memanggilnya Abang Long sahaja) kerana kebetulan pula anak En Atal baru melahirkan dan tinggal bersama ibubapanya semasa dalam pantang.
Aktiviti kami petang itu ialah memancing ikan di kolam Abg Long, melawat rumah percutian Dato’ Syed Hussein (seorang businessman), melawat rumah Syed Hussein Alattas/Pak Habib (dia kebetulan ada di situ), mandi di sungai yang mengalir di sepanjang sempadan rumah Pak Habib, kemudian dalam perjalanan balik ke rumah, singgah pula di Villa Semanggol. Mana lagi kalau bukan rumah kediaman Puan Sifu PTS. Tapi sayang sekali puan dan suami tiada di rumah. Kami cuma dapat lihat kucing-kucing yang banyak berkeliaran di kawasan rumah Puan. Mohon maaf Puan, saya ambil gambar kucing-kucing Puan tanpa kebenaran.
Malam itu kami berehat sahaja di rumah. Menurut Abang Long, Kg Janda Baik ni tiada
night life. Orang akan masuk ke dalam rumah awal dan tutup pintu kerana udara luar sejuk sekali. Isteri En Atal masak lauk kampung. Alahai, sedapnya. Kami menambah nasi bebeberapa kali.
Keesokan harinya selepas solat subuh (waduh, sejuk!) kami ikut Abang Long pergi
morning walk. Nyaman sekali udara segar! Kami mengikuti jalan menyusuri kawasan dusun, tepi sungai,
short-cut melalui resort yang sedang dalam pembinaan. Terasa mesra sangat dengan anak-anak, bergurau-senda, amat relaks sekali.
No stress at all! Kami nampak rumah-ruamh percutian individu-individu terkenal di Malaysia. Besar-besar dan indah-indah! Dalam hati ingin memiliki sebuah rumah percutian di sini. Tapi apabila mendengar harga
market bagi satu ekar tanah di sini, habis padam impian itu.
The current running rate for an acre of land is around RM400k, at least! Katanya
.
Kemudian kami ke Kuala Gandah untuk melihat gajah. Petang itu kami dapat lihat gajah mandi di sungai, beri makan gajah-gajah dan yang paling best, dapat menunggang gajah. Seronok! En Atal ikut sama dan membawa anak perempuannya Syuhadah, dan dua orang cucunya Dani, 5 tahun, dan Haikal aka Abang Ngah, 3 tahun (rupa-rupanya 2 minggu sebelum itu, JJ dan Syuhadah menghadiri Summer Camp yang sama di Hulu Langat. Sah, small world). Dani jatuh cinta pada Mik. Mana-mana sahaja pergi bersama Mik. Mik memang suka melayan budak-budak kecil. Abang Ngah pula sangat comel tetapi ganas sedikit dari abangnya. Mereka kehairanan apabila Juwaidi menunjukkan skil majik menghilangkan duit syiling.
“Abang, buat lagi, buat lagi. Kali ni buat 2 duit!” Bijak! Dengan mereka ini tukang majik boleh bankrap kerana setiap kali duit syiling akan muncul, mereka akan ambil dan simpan dalam poket. “Abang, buat lagi, buat lagi. Kali ni buat 2 duit!”
Balik dari Kuala Gandah hujan lebat turun di Kg Janda Baik. Sebaik sahaja hujan berhenti kami cepat-cepat ke sungai. Mandi lagi! Percayalah, memang tidak mahu keluar! Apa boleh buat, sudah hampir waktu senja. Dalam hati, esok masih ada…
Malam itu kami kepenatan, lalu berehat sahaja di ruang tamu sambil berbual-bual dengan En Atal, Abg Long dan isterinya sambil anak-anak menonton TV. Rasa seperti melawat keluarga di kampung.
Keesokannya, saya, suami dan Ochi pergi
morning walk lagi. Kami bertolak sudah lewat. Abang Long yang
walk setiap hari sudah lama keluar rumah. Yang lain sambung tidur selepas solat subuh, kepenatan gara-gara gajah dan mandi sungai petang kelmarin. Balik dari
morning walk kami memancing ikan lagi. Kali ini Ayah dapat ikan lampam besar. Biasanya selesai memancing kami akan lepaskan ikan-ikan balik ke dalam kolam. Tapi yang ini kami ambil dan goreng.
Kami mengambil keputusan balik ke Melaka tengahari itu. Tak jadi mandi sungai. Kami singgah di rumah En Atal. Dani memeluk Mik kuat-kuat tak membenarkan kakaknya balik. “Kalau kakak nak tinggalkan Dani, kenapa kakak kawan dengan Dani?” Mik menangis terharu. Dani cuba kawal airmatanya dengan buat-buat masam dan marah. Kesian saya melihatnya. Abang Ngah mahu pula dicium pipinya berkali-kali. Sebelum ini kalau kita cuba mencium pipinya, dia mengamuk.
Terima kasih En Atal dan keluarga, dan Abang Long dan isteri. Kami doakan kakak (isteri Abg Long) akan cepat pulih.
Kami meninggalkan Kg Janda Baik dengan berat hati.
I think that was the best holiday we ever had. Kg Janda Baik, we will be back!