Saturday, October 11, 2008

Are we there yet?

What do I know. I’m just a small town mom. But I do read the papers (nope, not the local variety. Too much ajinomoto). I heard the US stock market is not doing so well. And when they got a stomach ache, in Malaysia we feel queasy. Some companies are in so much trouble that the US government decided to give them some money (and lots of it too!) and bail them out of trouble. US got money, meh? I thought they have like tragazzillion amount of debt already. So how to get more money? Owh, they borrowlah from some people who still have trust in the government. Like many Economics and Finance professors are saying, the government is default free. Sure can pay one. But how you know? I knowlah. The government will never run out of money what.

The government cannot run out of money. Go into your wallet and take a look at what you've got in it. It's called Federal Reserve Notes. Those are under control of the Federal Reserve. Do you notice that they don't say they are backed by gold. They are not backed by silver. They don't have to have anything behind them except the full faith and confidence of the government. (http://marketplace.publicradio.org/display/web/2008/09/17/pm_fed_cash/)

As long as the government say its true, money will always have its value.

Yea, right.



Double Whammy: 50-Year Record on Sept. 22. $10 Trillion on Sept. 30, 2008.

(to be continued)

Thursday, October 9, 2008

Raya Fever Out, Exam Fever In!

Raya fever sudah berlalu. Sekarang bermula pula Exam Fever. Minggu ini ialah minggu Final Exam anak sulong saya di universiti. Minggu depan pula bermula PMR buat Ochi. Minggu selepas itu JJ pula akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Kemudian Mik pula dengan SPM.

Masing-masing dengan gaya belajar dan mengulangkaji. Apa-apa pun yang penting asalkan mereka berusaha. Saya cuma berperanan sebagai pemberi peringatan sahaja. Saya sudah tidak panik atau stress semasa peperiksaan besar mereka. Tidak seperti semasa Juwaidi menduduki peperiksaan UPSR dan PMR dahulu. Maklumlah anak sulong katakan. Expectation diri dan orang lain membuatkan saya tertekan. Tapi tidak lagi. Saya tidak boleh jadi pemaksa. Anak-anak harus tahu saya menyokong mereka dan mendoakan kejayaan mereka. Yang mereka perlu buat ialah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan tawakal.

Bagi saya pula minggu ini juga pelajar-pelajar saya menduduki peperiksaan akhir semester mereka. Rata-rata mereka risau kerana secara tradisinya saya dikenali sebagai cikgu yang brutal di dalam penyediaan soalan peperiksaan. Seorang pelajar saya dari Yemen memberitahu rakannya, ‘Jika saya lulus peperiksaan Corporate Finance ini, saya akan berpuasa seminggu!’. Ali, Ali. Jangan tak ditunaikan nazar kamu itu nanti.

Cerita brutal itu cuma mitoslah.

Marathon Trilogi

Saya tulis entri ini selepas pesta buku 2008 April lalu tapi entah bagaimana tidak diposkan di sini. Sebagai rekod yang saya ada menulis tentang Trilogi Andrea Hirata, saya poskan entri lama ini. Okla tu kan...?

April 15, 2008

Phew! Saya siap membaca Trilogi Laskar Pelangi dalam masa 7 hari (secara efektifnya 4 hari) berakhir baru sekejap tadi. Tidak pernah saya begitu khusyuk membaca novel Melayu seperti ini. Kesimpulan mudah saya terhadap buku-buku Mas Andrea Hirata:

Laskar Pelangi – Magical

Sang Pemimpi – Mengharukan

Edensor – Inspirational, ‘Menjatuhkan Dagu’ (jaw dropper)

Jalan hidup anak Belitung ini bagaikan diatur-atur satu demi satu sehinggakah kita yakin hanya satu kuasa yang amat besar yang menentukan jalan hidup kita yang sudah pasti tidak boleh disimpulkan sebagai satu kebetulan.

Begitu bijak cara penulis ini sehinggakan saya seperti melihat wayang gambar, dan dapat merasakan emosi penulis di setiap bab-bab buku-buku ini. Pada satu masa saya terkekek-kekek ketawa dengan telatah mereka curi-curi menonton wayang sehingga ‘kedapatan’ dan dipaksa pula berlakon di hadapan seluruh warga sekolah mereka. Ada masa saya menahan nafas panik bersama mereka meredah gelora lautan untuk berjumpa dengan Tuk Bayan Tula tapi perasaan itu hilang serta merta dan kembali ketawa membaca azimat Tok Bayan Tula kepada Mahar dan Flo. Saya menangis tersedu-sedu bersama Ikal yang mengejar Ayahnya berbatu-batu, juga apabila dia mencium kain pemberian ayahnya jauh di perantauan. Terbayang sewaktu saya baru kehilangan ayah sendiri, kain pelikat Bapak menemani saya tidur dan dicium puas-puas apabila terlalu rindu. Terlalu banyak babak-babak yang mengesan jiwa saya.

Sangat istimewa cerita hidup anak-anak Melayu ini. Ianya harus dijadikan inspirasi kepada anak-anak zaman sekarang agar mempunyai angan-angan dan mengejarnya sedaya mungkin. Juga menjadi pengajaran bahawa pendidikan sangat penting bagi mengeluarkan diri dari ikatan rantai kemiskinan.

Wednesday, October 8, 2008

Mari Main Teka Teka



Cuba teka apa persamaan kedua-dua buku ini?


Nota: Gambar SBMDL dipinjam dari blog SifuPTS.

Tuesday, October 7, 2008

Night Chaser

Di zaman kanak-kanaknya semasa bulan Ramadan si Tulai menjadi sangat berani. Berjalan waktu malam ke rumah jiran seorang diri pun tidak jadi hal buatnya. Keyakinannya tentang terantainya iblis dan syaitan sangat mantap. Tapi di luar bulan Ramadan lain cerita pula.

Semakin dia dewasa setiap tahun pada bulan ini dia akan mengira haribulan. Dulu memang dia pengejar malam. Malam seribu bulan. Dia ada terbaca di majalah terbitan satu kumpulan yang sudah diharamkan tentang pengiraan malam seribu bulan ini. Dan dia akan mengingatkan kawan-kawan pejabatnya supaya berjaga-jaga pada malam sekian sekian. ‘Jangan lupa ya malam ini!’ begitulah pesannya kepada kawan-kawan. Dan pada setiap pagi 10 hari terakhir dia akan memandang ke langit melihat warna pagi. Hmm…macam lain macam aje warna langit pagi ni, kan, kan, kan…dia cuba meyakinkan dirinya.

Dia pernah terbaca juga yang malaikat menjelma di hadapan wanita yang menutup aurat sahaja. Jadi pada satu malam selepas solat tahajud dia membuka tingkap biliknya luas-luas (masa ini dia masih bujang, tinggal di rumah ibubapanya di kampung) sambil tidur bersandar di atas katil dan masih di dalam telekung. Ya, pasti jika malam ini malam seribu bulan, dan jika Allah izinkan, malaikat akan datang kerana aku berwuduk dan menutup aurat. Begitu yakin Si Tulai. Sayang sekali, dia hanya terjaga apabila ibunya memanggil untuk makan sahur.

Aduhai! Tahun ini tak kena lagilah! Tapi sekiranya itu kehendakNya lagi dia redha. Sudah tiga empat tahun tak kena haribulan. Setiap pagi 1 Syawal dia hanya menunggu di rumah dengan jamuan penuh meja buat suami dan anak-anak yang balik dari masjid.

Tapi Allah tukar rancangan. Jadualnya tunggang terbalik. Dia jadi susah hati. Aku ada penyakit ke apa ni? Dia Google beberapa katakunci simptom yang dialaminya. Menyirap darahnya membaca beberapa artikel di dalam laman web. Ya Allah, Engkau jauhkanlah aku dari penyakit yang merbahaya!

Tapi Allah lebih mengetahui. Di dalam huru hara jadualnya bulan ini, 9 malam terakhir dapat dia raikan. MasyaAllah. Alhamdulillah. Dan yang lebih sayu, tahun ini dia tidak hanya menunggu menyediakan jamuan di rumah. Dia dapat raikan 1 Syawal bersama-sama jamaah di masjid. Ya Allah Sesungguhnya Engkau Penentu segala rancangan manusia. Dan ternyata perubahan jadual cuma false alarm.

Dan dengan izin Allah dia akan terus mengejar.



Gambar hiasan. Main air di pantai petang 1 Syawal. Skema nau!

Friday, September 26, 2008

Eid Mubarak


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin
dari saya dan keluarga di Melaka.

Tuesday, September 23, 2008

Change

Mana bisa pakai baju yang sama, atau kasut yang sama, atau beg yang sama setiap hari dalam setahun, ya tak. Mesti juga mahu pakai yang baru. Apatah lagi dekat dekat lebaran ini. Jadi inilah wajah baru blog saya. Putih bersih...



Gambar hiasan: 'Artwork' anak-anak semasa sekolah rendah, di satu sudut dinding pejabat saya.

Sunday, September 7, 2008

Entri Kilat

Assalammualaikum. Ini entri kilat. Bukan banjir saja ada kilat tau. Saya letak gambar-gambar aktiviti saya sejak minggu terakhir Ogos.

Jumaat minggu cuti sekolah Ogos 2008: Lunch dengan kawan-kawan MRSM Kuantan Batch Ke3. Meraikan Shel yang bercuti dari London (sebenarnya dia yang belanja). 32 years of friendship. Ini belum kira keseluruhan Batch 3 lagi. Huh! Boleh runtuh bangunan!
Thank you Shel, hantar Dashen ambil saya (di Melaka) dan Shida (Bangi).
Can you guess saya yang mana satu? Hehehe...
@@@


Lepas lunch naik Rapid KL di KLCC dengan Shida ke KL Sentral then naik komuter ke Bangi. Ya Ampun...sesaknya.
Decided to wait for Hubby di Bangi walaupun dia ada di KL pada masa tu.
Hubby lambat sampai ke Bangi. Cermin kereta kena pecah di KL.

@@@

Ambang Merdeka 2008: Solat Zohor di Masjid Tengkera. Pertama kali solat di sini. Cantik dan unik masjid ini. Saya suka kolahnya yang besar.


@@@

Malam Merdeka: Ke KL dengan Juwaidi mengambil pembantu baru di stesen Pudu. Sampai Pudu jam 11.45 malam. Tepat jam 12 kedengaran dentuman bunga api dari Dataran Merdeka (teka aje). Orang sekeliling nampak selamba. Mungkin kerana lebih 60% yang berada di kawasan itu bukan warganegara Malaysia.




Malaysia Merdeka!