1- Tailgating is good?
Saya fikir ada sebab kenapa brother ini mengekori bas dengan begitu dekat. Teknik ini disebut ‘drafting’. Banyak digunakan dalam sukan lumba basikal dan lumba kereta. Teorinya ialah sekiranya satu kereta berada rapat di belakang satu kereta yang lain di dalam perlumbaan yang laju, kedua-dua kereta boleh bergerak dengan lebih pantas. Kereta belakang mempunyai kurang halangan angin disebabkan oleh tekanan rendah yang dihasilkan oleh kereta hadapan. Ini membolehkannya bergerak lagi dekat ke hadapan. Apabila kereta belakang mendekati, ia menolak udara bertekanan tinggi kehadapan, mengurangkan tarikan atau drag pada bahagian spoiler kereta hadapan . Ini mengurangkan drag kepada kedua-dua kenderaan dan membolehkan mereka bergerak dengan lebih pantas.
Teknik mengekori kenderaan yang lebih besar telah dibuktikan berkesan meningkatkan kegunaan minyak (mpg). Dalam rancangan Mythbuster di Astro, dratfting di belakang lori pengangkutan sejauh 100 kaki di belakang boleh meningkatkan 11% efisiensi penggunaan minyak. Drafting sejauh 10 kaki di belakang meningkatkan efisiensi penggunaan minyak kepada 39%.
Tetapi ternyata memandu sebegini (terutama sekali bagi yang di belakang) memang kerja gila kerana kenderaan di belakang berada di dalam kawasan blindspot pemandu lori.
Jadi kalau ia pun Bro, agak-agaklah. Itu sudah kurang dari 5 kaki jarak dengan belakang bas tu. Beberapa sen yang anda jimat tu berbaloikah dengan risiko yang diambil?
(Rujukan : Wikipedia)

2- Kenapa plastik?
Sudah 12 tahun lebih saya tidak ke sini. Gerai-gerai panjang sudah tiada. Sebuah bangunan tersergam menggantikan tempatnya. Aduuhhh…sedap betul Sate Kajang Hj Samuri ni. Tiada tolok bandingan! Ditambah pula dengan deko antiknya yang menarik. My kind of place!
Tapi yang kacau sedikit, kenapa guna sudu dan garfu plastik, dan mangkuk sambal polisterin? Sangat tidak hygienic. (Ehem, ehem… as if all the other food items on the table are full of healthy goodness..hehehe)
3- Air Gunung
Selepas makan sate kami bergerak ke Sg Long. Kami nampak beberapa orang berhenti mengisi botol-botol plastik dengan air yang keluar melalui paip-paip getah di tepi-tepi bukit batu. Kami berhenti tapi tidak sempat bertanya mereka yang ada di situ. Kenapa mereka mengambil air sampai berbotol-botol? Air apa yang keluar tu? Musykil-musykil.
4 comments:
Sis, wikipedia pun tak explain sebagus ini. Ini macam orang dah pernah kerja kat formula 1 gitu. Rasa cam movie KL Drift lak masa baca your story on tailgating tu! Hehehe. And gambau your sate kajang really wants to make me go to kajang sekarang jugak. Hehehe. But it's kinda nostalgic coz my arwah grandma stayed in Kajang. So everytime balik kampung, my arwah dad selalu belanja sate kajang. Teringat 6 of us naik kete takde aircond ke kajang. U can imagine kalau hujan camne. Terharu I.
Sis, thank you for the compliment. Cubaan pertama menjadi pengulas teknikal gitu. Sate Kajang tu memang sedap kannn...memang rasa nak pergi lagi, now I know how to get there. And don't feel too sad recalling the memories. We are not who we are today without those precious experiences.
Salam,
Brutal gtuh
Nama Kak Jah Brutal.
Post a Comment