Friday, January 30, 2009

Sabar

Dipetik daripada buku 7 Formula Individu Cemerlang, Dr Danial Zainal Abidin, Edisi Kedua


Bab 75: Berlian di dalam Diri

Sebenarnya manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih daripada 18 peratus jasad manusia terdiri daripada karbon. Namun, berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlain di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabaran diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis. Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu dia mencapai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Bab 76: Kekuatan Sabar dan Cekal

Sifat sabar dan cekal dipentingkan oleh Islam kerana ia membantu saudara mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, kalimat sabar diulang-ulangi tanpa jemu dan bosan di dalam Quran.

1. Dalam surah al-Baqarah ayat 153 Allah menjelaskan yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar."

2. Dalam surah Ali Imran ayat 120 Allah menyatakan yang bermaksud, "Jika kamu bersabar dan bertakwa tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu."

3. Dalam surah an-Nisak ayat 25 Allah menyatakan yang bermaksud, "Jika kamu bersabar ia adalah baik bagimu."

4. Dalam surah Yusuf ayat 90 Allah menerangkan yang bermaksud, "Sesiapa yang bertakwa dan bersabar sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran ke atas mereka yang melakukan kebaikan."

5. Dalam surah Luqman ayat 17 Allah menyatakan yang bermaksud, "Bersabarlah atas apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang diwajibkan Allah."

6. Dalam surah az-Zumar ayat 10 Allah menjelaskan yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung."

8 comments:

Iza Azmin said...

Assalamualaikum Sis,
Dalam banyak-banyak entry I like this one the best. It's like remind me to be patience always. Especially with my present maid..hehe! Sabar ajelah!

Anonymous said...

Waalaikummussalam
Sis Iza,
Sebenarnya kita selalu dengar tentang kelebihan bersabar. Tetapi sebenarnya apabila berlaku ke atas diri kita di mana kita dituntut untuk bersabar, Masya Allah, itu satu dugaan yang amat berat. Seperti melawan satu makhluk asing di dalam badan kita, literally. Tetapi sekiranya kita bertahan dengan pertempuran di dalam diri kita itu, dengan doa yang ikhlas meminta Allah ampunkan dosa-dosa kita dan redha di atas segala ujiannya, Allah akan mendengar. Saya alami perkara ajaib sebegini. Allah Maha Mendengar, Pengasih dan Penyayang.

fendy_ahmad said...

Salam,

Syukur juga kita diketemukan dengan 'bahan-bahan' yang kelihatannya mudah tapi kadang-kadang tak pernah singgah peringatan itu ke hati kita sebelum ini.

Sabar, mudah orang kata sabar.. tapi tak pula ramai yg mampu tunjukkan cara bersabar dengan berhikmah...

Akhirnya kita ketemu betapa sabar mampu menenteramkan jiwa kita, menunjukkan hidup ini banyak lagi untuk dikenang, diraikan dan dinikmati dengan gembiranya :)

Anonymous said...

Waalaikummussalam
Fendy,
Sekali lagi saya ingin merakam ucapan terima kasih kerana meng-introduce buku ini kepada saya. Semoga dirahmati Allah.

Sarah said...

Hmm..sarah tengah sabar banyak-banyak nih..he3. Boleh tak minta tolong aunty (kalau ada masa seminit dua)..tolong baca cerita sc-fi bertajuk ZETA di blog kawan sara : http://ekspresia.blogspot.com/ dan beri pandangan Aunty mengenainya? Terimakasih banyak2 aunty.

Anonymous said...

Hi Sarah,
Ok nanti aunty baca and beri feedback.

Anonymous said...

Berlian di dalam diri? Hmmm...I thought I had read this passage in ENGLISH somewhere before....the word 'plagarism'passes in the mind

Anonymous said...

Anonymous,
Tak kisahlah plagiat atau tidak. Itu urusan si penulis. Yang penting mesejnya sampai.