Friday, October 31, 2008

Kaki Botol

Ya. Saya memang kaki botol. Botol perfume, botol makeup, botol olive oil, botol apple cider. Apa-apa saja botol kaca yang cantik bentuknya, walaupun sudah habis dipakai saya akan menyimpannya. And don’t get me started on cookie bottles. You think I am odd? You should see my elder sister. Lagi kronik.


Tapi bukan botol saja. Kotak teh, kad hari jadi, kad ucapan, tiket konsert (dari lebih 20 tahun yang lalu, and it wasn’t even mine!), kad jemputan kahwin saya sendiri (dari sebelah perempuan dan juga lelaki) surat-surat lama (e.g. surat daripada adik bongsu semasa dia masih di sekolah rendah, juga lebih kurang 20 tahun lalu, surat daripada arwah ayah semasa saya di universiti dahulu), hadiah dari kawan-kawan/kakak, ada yang diberi 15 tahun dahulu. Beberapa helai pakaian nostalgia universiti. Isy! Dan macam-macam lagilah.

Dan saya juga mengumpul stem, sampul surat hari pertama, wang kertas dan syiling Malaysia dan negara-negara lain.

Apa maksud hobi yang pelik ini? Insecure? Sentimental? Crazy?

Oprah pernah membongkar rahsia seorang wanita yang asyik membeli dan menyimpan barang-barang yang tidak diperlukannya. Dia melonggok semua ‘stuff’ itu di setiap ruang di dalam rumahnya. Bilik tidurnya teramat sesak sehinggakan tempat untuk dia dan suaminya tidur hanyalah satu ruang yang sempit di atas katil. Di dapati wanita itu mempunyai masalah melepaskan anak-anak yang sudah besar keluar dari rumah. Jadi dia menggantikan kehilangan itu dengan barang-barang yang tidak diperlukan. Wow! Blame it on the children! How convenient. Anyway, she got help and now keeps a very tidy house.

Orang-orang jenis ini dipanggil hoarders. Adakah anda juga seorang hoarder?

I don’t hoard. I just keep.

Okeh?



You Wanna Piece of Me?


Hi! Just writing to say that I am still alive. Too many things going on right now.

Jaga exam. Marking exam. Hantar report itu, terima report ini. Pergi ke open house, pergi kenduri kawin. Masak untuk jamuan kawan-kawan Oci. Pergi majlis sembahyang hajat SPM Syazwani. Siapkan assignment dari boss. Jogging sampai sakit badan sebab salah urat (sudah lama tak jogginglah katakan). Ongoing training pembantu rumah yang masih blur. Menyelia research project. Meeting dan mesyuarat. Perbincangan dan discussion. You name it, I got it.

Sambil masih menunggu aircond pejabat dibaiki. Sudah lebih kurang 6 minggu menggunakan stand fan sahaja di dalam bilik yang tingkapnya tidak berapa berfungsi sebagai tingkap. Memerlukan kesabaran yang tinggi dan deodorant yang sangat efektif.

Do I have anything to be thankful for? Of course.

Anak-anak yang baik, suami yang penyayang, keluarga yang sentiasa on call, kawan-kawan yang setia, kesihatan yang baik. What more can I ask for?

Britney, eat cha heart out!

Wednesday, October 15, 2008

Singlet Pagoda


Dulu Pak Ngah saya (mohon bacakan Al-Fatihah buat rohnya), bekas guru, suka bercerita. Saya masih ingat lagi cerita zaman Jepunnya di mana sehelai singlet Pagoda (tekaan saya singlet warna putih lengan pendek sebab Pak Ngah selalu pakai stail ini) boleh dibeli dengan harga 0.07 sen sahaja. Cuba teka singlet Pagoda berapa harganya sekarang? Yang stail tiada lengan pun sudah mencecah RM 10-11. 140% dalam masa 60 tahun. Kalau saya beli dan simpan singlet baru 30 tahun lalu, dan menjualnya sekarang, boleh tahan lumayan juga profit saya ya. Cuma masalahnya singlet itu mungkin sudah berkulat dan berlubang-lubang dimakan lipas atau anai-anai. Siapa yang mahu beli?

Ok, bad idea.

Sepatutnya saya simpan saja duit yang saya hendak guna untuk membeli singlet itu di dalam tabung buluh saya. Kalau saya boleh menyimpan $100 30 tahun lepas (sebelum simbol RM, dulu kita pakai simbol $ ini tau, jangan tak ingat!) sekarang berapa saya dapat? Hehehe…duit yang disimpan di bawah bantal mana boleh beranak. Lagipun duit yang dipakai 30 tahun dulu mungkin sudah out of circulation.

Hmm..simpan dalam bank ajelah.

Saya tak mahu makan riba jadi katalah saya simpan saja di dalam savings account, bukan di dalam fixed deposit yang membayar faedah ke atas jumlah wang yang disimpan. Sama juga. Duit dalam bank mana boleh beranak. Silap-silap ditelan bank sebab akaun yang inactive. Huhuhu… Lagipun kalau 60 tahun dulu dengan $100 boleh beli 1428 singlet Pagoda, sekarang hanya dapat beli 10 helai sahaja dengan jumlah wang yang sama.

Duit saya perlu beranak. Tapi bagaimana caranya ya?

Pasaran saham? Saya tak percaya sistem itu.

Saham Amanah? Biar duit EPF sajalah. Ini kes pi mai pi mai tang tu.

Apa alternatif yang saya ada?

Anda boleh tolong saya?

Tuesday, October 14, 2008

PMR 2008


Hari Kedua, Selasa 14 Oktober 2008: Wajah-wajah ceria calon-calon PMR 2008 Sekolah Menengah Ayer Keroh, baru hendak masuk ke dalam dewan.

Dari kiri: Dak Ain, Syahida aka Ochi, Dia, Pka, Dak Zedah, dan Nabila aka Si Kembau. Di belakang mereka, alergik ambil gambar ialah Sabira.

Acik doakan anak-anak mendapat kejayaan super cemerlang di dalam peperiksaan ini. Lepas habis periksa, Acik masakkan Cheese Cake istimewa buat anak-anak semua, ok!


p/s: Happy Birthday, Syazwani ! 2 minggu lagi giliran Mik pula, SPM!

Sunday, October 12, 2008

Are we there yet? Part 2



Max Keiser: “It’s not worth the paper it is printed on.” (Sept 22, 2008)
http://blog.goldassets.co.uk/





(As at 10/10/2008)

Saturday, October 11, 2008

Are we there yet?

What do I know. I’m just a small town mom. But I do read the papers (nope, not the local variety. Too much ajinomoto). I heard the US stock market is not doing so well. And when they got a stomach ache, in Malaysia we feel queasy. Some companies are in so much trouble that the US government decided to give them some money (and lots of it too!) and bail them out of trouble. US got money, meh? I thought they have like tragazzillion amount of debt already. So how to get more money? Owh, they borrowlah from some people who still have trust in the government. Like many Economics and Finance professors are saying, the government is default free. Sure can pay one. But how you know? I knowlah. The government will never run out of money what.

The government cannot run out of money. Go into your wallet and take a look at what you've got in it. It's called Federal Reserve Notes. Those are under control of the Federal Reserve. Do you notice that they don't say they are backed by gold. They are not backed by silver. They don't have to have anything behind them except the full faith and confidence of the government. (http://marketplace.publicradio.org/display/web/2008/09/17/pm_fed_cash/)

As long as the government say its true, money will always have its value.

Yea, right.



Double Whammy: 50-Year Record on Sept. 22. $10 Trillion on Sept. 30, 2008.

(to be continued)

Thursday, October 9, 2008

Raya Fever Out, Exam Fever In!

Raya fever sudah berlalu. Sekarang bermula pula Exam Fever. Minggu ini ialah minggu Final Exam anak sulong saya di universiti. Minggu depan pula bermula PMR buat Ochi. Minggu selepas itu JJ pula akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Kemudian Mik pula dengan SPM.

Masing-masing dengan gaya belajar dan mengulangkaji. Apa-apa pun yang penting asalkan mereka berusaha. Saya cuma berperanan sebagai pemberi peringatan sahaja. Saya sudah tidak panik atau stress semasa peperiksaan besar mereka. Tidak seperti semasa Juwaidi menduduki peperiksaan UPSR dan PMR dahulu. Maklumlah anak sulong katakan. Expectation diri dan orang lain membuatkan saya tertekan. Tapi tidak lagi. Saya tidak boleh jadi pemaksa. Anak-anak harus tahu saya menyokong mereka dan mendoakan kejayaan mereka. Yang mereka perlu buat ialah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan tawakal.

Bagi saya pula minggu ini juga pelajar-pelajar saya menduduki peperiksaan akhir semester mereka. Rata-rata mereka risau kerana secara tradisinya saya dikenali sebagai cikgu yang brutal di dalam penyediaan soalan peperiksaan. Seorang pelajar saya dari Yemen memberitahu rakannya, ‘Jika saya lulus peperiksaan Corporate Finance ini, saya akan berpuasa seminggu!’. Ali, Ali. Jangan tak ditunaikan nazar kamu itu nanti.

Cerita brutal itu cuma mitoslah.

Marathon Trilogi

Saya tulis entri ini selepas pesta buku 2008 April lalu tapi entah bagaimana tidak diposkan di sini. Sebagai rekod yang saya ada menulis tentang Trilogi Andrea Hirata, saya poskan entri lama ini. Okla tu kan...?

April 15, 2008

Phew! Saya siap membaca Trilogi Laskar Pelangi dalam masa 7 hari (secara efektifnya 4 hari) berakhir baru sekejap tadi. Tidak pernah saya begitu khusyuk membaca novel Melayu seperti ini. Kesimpulan mudah saya terhadap buku-buku Mas Andrea Hirata:

Laskar Pelangi – Magical

Sang Pemimpi – Mengharukan

Edensor – Inspirational, ‘Menjatuhkan Dagu’ (jaw dropper)

Jalan hidup anak Belitung ini bagaikan diatur-atur satu demi satu sehinggakah kita yakin hanya satu kuasa yang amat besar yang menentukan jalan hidup kita yang sudah pasti tidak boleh disimpulkan sebagai satu kebetulan.

Begitu bijak cara penulis ini sehinggakan saya seperti melihat wayang gambar, dan dapat merasakan emosi penulis di setiap bab-bab buku-buku ini. Pada satu masa saya terkekek-kekek ketawa dengan telatah mereka curi-curi menonton wayang sehingga ‘kedapatan’ dan dipaksa pula berlakon di hadapan seluruh warga sekolah mereka. Ada masa saya menahan nafas panik bersama mereka meredah gelora lautan untuk berjumpa dengan Tuk Bayan Tula tapi perasaan itu hilang serta merta dan kembali ketawa membaca azimat Tok Bayan Tula kepada Mahar dan Flo. Saya menangis tersedu-sedu bersama Ikal yang mengejar Ayahnya berbatu-batu, juga apabila dia mencium kain pemberian ayahnya jauh di perantauan. Terbayang sewaktu saya baru kehilangan ayah sendiri, kain pelikat Bapak menemani saya tidur dan dicium puas-puas apabila terlalu rindu. Terlalu banyak babak-babak yang mengesan jiwa saya.

Sangat istimewa cerita hidup anak-anak Melayu ini. Ianya harus dijadikan inspirasi kepada anak-anak zaman sekarang agar mempunyai angan-angan dan mengejarnya sedaya mungkin. Juga menjadi pengajaran bahawa pendidikan sangat penting bagi mengeluarkan diri dari ikatan rantai kemiskinan.

Wednesday, October 8, 2008

Mari Main Teka Teka



Cuba teka apa persamaan kedua-dua buku ini?


Nota: Gambar SBMDL dipinjam dari blog SifuPTS.

Tuesday, October 7, 2008

Night Chaser

Di zaman kanak-kanaknya semasa bulan Ramadan si Tulai menjadi sangat berani. Berjalan waktu malam ke rumah jiran seorang diri pun tidak jadi hal buatnya. Keyakinannya tentang terantainya iblis dan syaitan sangat mantap. Tapi di luar bulan Ramadan lain cerita pula.

Semakin dia dewasa setiap tahun pada bulan ini dia akan mengira haribulan. Dulu memang dia pengejar malam. Malam seribu bulan. Dia ada terbaca di majalah terbitan satu kumpulan yang sudah diharamkan tentang pengiraan malam seribu bulan ini. Dan dia akan mengingatkan kawan-kawan pejabatnya supaya berjaga-jaga pada malam sekian sekian. ‘Jangan lupa ya malam ini!’ begitulah pesannya kepada kawan-kawan. Dan pada setiap pagi 10 hari terakhir dia akan memandang ke langit melihat warna pagi. Hmm…macam lain macam aje warna langit pagi ni, kan, kan, kan…dia cuba meyakinkan dirinya.

Dia pernah terbaca juga yang malaikat menjelma di hadapan wanita yang menutup aurat sahaja. Jadi pada satu malam selepas solat tahajud dia membuka tingkap biliknya luas-luas (masa ini dia masih bujang, tinggal di rumah ibubapanya di kampung) sambil tidur bersandar di atas katil dan masih di dalam telekung. Ya, pasti jika malam ini malam seribu bulan, dan jika Allah izinkan, malaikat akan datang kerana aku berwuduk dan menutup aurat. Begitu yakin Si Tulai. Sayang sekali, dia hanya terjaga apabila ibunya memanggil untuk makan sahur.

Aduhai! Tahun ini tak kena lagilah! Tapi sekiranya itu kehendakNya lagi dia redha. Sudah tiga empat tahun tak kena haribulan. Setiap pagi 1 Syawal dia hanya menunggu di rumah dengan jamuan penuh meja buat suami dan anak-anak yang balik dari masjid.

Tapi Allah tukar rancangan. Jadualnya tunggang terbalik. Dia jadi susah hati. Aku ada penyakit ke apa ni? Dia Google beberapa katakunci simptom yang dialaminya. Menyirap darahnya membaca beberapa artikel di dalam laman web. Ya Allah, Engkau jauhkanlah aku dari penyakit yang merbahaya!

Tapi Allah lebih mengetahui. Di dalam huru hara jadualnya bulan ini, 9 malam terakhir dapat dia raikan. MasyaAllah. Alhamdulillah. Dan yang lebih sayu, tahun ini dia tidak hanya menunggu menyediakan jamuan di rumah. Dia dapat raikan 1 Syawal bersama-sama jamaah di masjid. Ya Allah Sesungguhnya Engkau Penentu segala rancangan manusia. Dan ternyata perubahan jadual cuma false alarm.

Dan dengan izin Allah dia akan terus mengejar.



Gambar hiasan. Main air di pantai petang 1 Syawal. Skema nau!