Sunday, December 30, 2007

And I Thought I Could Bake!

Hari ini ada mood baking. So I made chocolate chip cookies (Recipe courtesy of MamaFami’s) and Pineapple Cake with Caramel Sauce.







The Pineapple Cake turned out nice but the cookies were too dry. Should’ve just stuck with my own choc chip recipe. Ah, asal dapat dimakan sudahlah. If I want nice, pretty cakes I can just call up my friend, Noridah (her Carrot Cake is to die for), or Iza for her out of this world brownies.

I need to make some improvements here. I need to get a new digital camera.


Saturday, December 29, 2007

PLKN Here We Come!

Di tempat letak kereta MITC, Ayer Keroh, Melaka

Hari ini ialah hari pendaftaran masuk Kumpulan Pertama PLKN Sessi 2008. Maka ramailah ibubapa dan peserta berkumpul di tempat pengangkutan yang telah dikenalpasti. Di Bandar Melaka, tempat berkumpul ialah di tempat letak kereta MITC Ayer Keroh.

Saya dan anak lelaki saya, Juwaidi, bertolak jam 8 pagi dari rumah (mugo rumoh dekat kei). Dia memang dipanggil untuk menyertai PLKN kali ini tapi oleh kerana dia ialah atlit Negeri Melaka dalam sukan memanah, Majlis Sukan Negeri Melaka telah mengeluarkan surat menyokong penangguhannya. Wah! Bukan main suka lagi dia. Siap dia suruh kami membaca surat sokongan itu kuat-kuat terutama bahagian “atlit harapan, yada yada yada, menyumbang pingat di Sukan Sukma XII Terengganu, yada yada yada..”. Isy! Orang muda, kuat perasan.

Sampai di pick-up point MITC, kami tunjukkan salinan surat kepada Komandan Kem Asahan dan surat sokongan MSN kepada pegawai bertugas. Pegawai Kem Lagenda Asahan yang menyuruh saya berbuat demikian semasa saya menelefon semalam. Pegawai di pickup point itu pula enggan menerimanya, sebaliknya menyuruh kami menghantar sendiri surat tersebut ke Kem Lagenda Asahan.

“Isy! Banyak kerja pula kena ke Kem Asahan! Ingatkan senang saja!” Juwaidi mengomel.

“Peraturan Gomen, Bang! Tak payahlah dibantah-bantah. Mujur kem bukan di Perlis!” Saya sebenarnya tidak kisah sangat kerana saya suka ke kawasan Asahan itu. Stress reliever!

Saya masih ingat pesan Sifu saya tentang cara berurusan dengan Gomen. Ikut sahaja rentak mereka untuk mendapatkan sesuatu (selagi bukan rasuah, ya).

Sampai di sana, Pegawai-pegawai PLKN sudah siap sedia di dewan terbuka menunggu para peserta. Belum ada peserta yang sampai dan urusan kami selesai dalam masa kurang 5 minit. Setelah menerima penjelasan serba sedikit dari kami, mereka cuma mengambil salinan surat-surat itu, cop terima dan kami sudah boleh pulang.

“Sekejapnya!” Juwaidi yang dari tadi agaknya cuak juga takut penangguhan tidak diterima sudah tersenyum lebar.

Begitulah. “Expect the unexpected” bila berurusan dengan yang berkuasa.

Tadi semasa di MITC kami terjumpa dengan Hazira, kawan Juwaidi semasa di sekolah rendah. Ibunya kebetulan juga kawan saya di tempat kerja. Bila dia dapat tahu Juwaidi terlepas, dia hantar SMS. “Ko xaci.”

Kem Lagenda Gunung Ledang, Asahan, Jasin, Melaka.

Gambar kenang-kenangan peserta PLKN 'terlepas'

Tuesday, December 25, 2007

SPA O


Hari Raya AidilAdha yang baru lalu kami sambut bersama keluarga di Dungun, Terengganu. Kedua-dua ayah dan ibu mertua saya sudah tiada jadi kami biasanya ke rumah abang sulong suami saya, Mazlan. Anak-anak kami sudah sangat rapat dengan sepupu-sepupu mereka. Abang Mazlan dan isterinya sangat sayang anak-anak saya, seperti juga saya sangat sayang anak-anak mereka.

Hari Raya pertama dan kedua kami di rumah sahaja menunggu saudara-mara datang seperti kebiasaannya. Kami juga mengunjungi rumah besan abang Mazlan yang membuat khenduri korban. Hari raya ketiga kami mula bergerak ke Kuala Terenganu untuk menziarah keluarga di sana, termasuk juga sahabat-sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.

Kami sudah lama tidak berjumpa dangan Bob dan Wati. Bob dulu bekerja di Celcom. Kesihatannya terganggu setelah begitu lama bekerja menggunakan telefon mobile sehingga telinganya berdengung dan kepalanya sakit apabila menggunakan telefon bimbit. Bayangkan kerjanya memerlukan dia menggunakan berbelas-belas unit telefon pada satu-satu masa. Bob memilih untuk berhenti dan mengambil VSS. Kesihatannya semakin teruk sehinggakan dia terpaksa keluar masuk hospital beberapa kali dalam setahun.

Setelah begitu lama hidup dalam kesusahan, Bob dan Wati telah dibantu oleh sepasang suami isteri yang pemurah untuk menjalankan bisnes spa dan gim di Gong Badak, Kuala Terengganu. Wati nekad berhenti kerja sebagai jururawat di sebuah pusat rawatan swasta untuk menguruskan spanya. Mereka beroperasi sepenuhnya bermula 1 Disember 2007 yang lalu. Spa ini dikunjungi oleh surirumah, pensyarah dan pekerja-pekerja di kawasan Gong Badak yang sudah semakin ‘glamour’ sekarang. Spa ini menawarkan perkhidmatan facial, urut tradisional/aromatheraphy, lulur, mandi susu, sauna infrared, dan Thai Bath. Gim pula bersebelahan sahaja dengan spa tersebut. Cafe di bahagian balkoni tingkat atas akan dibuka tidak lama lagi. Yang penting, kesihatan Bob sudah semakin baik, anak-anak mereka sudah dapat lebih perhatian dari ibu dan ayah mereka, dan kehidupan mereka sudah semakin baik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Semoga Bob dan Wati sentiasa mengingati Allah Penentu Segala-galanya.

Promosi sikit-sikit ya. Jangan marah.

Orchid Day SPA, Fitness Center & Café
Tingkat 1, Lot 1133/A&B, Jalan Gong Badak, Gong Badak.
(Dekat dengan pintu masuk KUSZA, sebelah restoren ayam goreng)









Sunday, December 16, 2007

Syurga John

Aduh! Ini udah gawat nih! Gimana sih!

Petang tadi saya dan suami pergi ke kandang lembu kami di Merlimau. Biasanya dia akan turun dua hari sekali bagi melihat lembu-lembunya. Pengurus kandang dan rakan kongsi kami, Nizam, dan pekerja-pekerja lain sentiasa ada di sana untuk mengurus lembu-lembu itu. Mereka perlu diberi makan rumput dan dedak setiap hari. Memang lembu-lembu ini kuat makan. Lepas itu kuat pula ‘membuang’. Pada mulanya saya tidak biasa dengan bau ‘buangan’ yang kuat. Lama kelamaan saya sudah ‘kalih’ (bahasa Terengganu bermaksud ‘sudah biasa’. Mungkin diambil dari perkataan ‘kalis’..saya teka aje).

Sambil menikmati kuih jemput-jemput dan kopi panas di tepi kolam ikan di bahagian belakang kandang (bagi yang memberikan reaksi ‘ewwwww’, tempat ini jauh dari kandang, tiada bau), Nizam memberitahu saya 5 ekor akan dijual sebagai lembu korban (empat hari lagi Hari Raya Korban) dan disembelih di situ juga. Berita sedih, John akan turut dikorbankan.

Saya mencari-cari suami saya yang masih berada di kandang. Dia sedang bermain dengan John dan beberapa ekor lembu betina yang datang dekat kepadanya. John di antara yang pertama masuk ke dalam kandang pada akhir Oktober lalu. Badannya besar tapi dia jinak. Kami sudah sayang kepadanya. Dak Mi, salah seorang pekerja di sana yang memberikan nama itu. Ada seekor pula dinamakan Bulat oleh Pyan, dan saya menamakan seekor lembu betina Kajol kerana bulu matanya lentik dan matanya seakan bercelak.

(Gambar John sebulan yang lepas. Sekarang dia lagi berisi.)

“Abang sudah tahu, Kak. Tapi dia tak cakap banyak. Dia suruh saya uruskan sahaja,” kata Nizam kepada saya. Saya faham perasaan suami saya.

Seorang sahabat saya yang mahir tentang urusan perniagaan keluarga (ehem, ehem…) pernah berpesan, ‘Buat perniagaan yang serasi dengan jiwa kita!”. Hmmm…jiwa saya dan suami (saya pasti Nizam, Dak Mi, Pyan, dan Black pun sama) sayang pada binatang. Gimana sih?

Saya sempat memberikan lembu-lembu itu makan rumput. Apabila tiba masa hendak pulang, pada leher saya seperti ada sebiji bola golf. Saya pergi mendekati John dan memandang matanya. Dia hanya melihat saya dengan selamba sambil mengunyah rumput yang sudah disediakan di dalam palong.

“Assalammualaikum, John. I see you later… .” Kemudian saya cepat-cepat beredar sebelum 'hujan' turun. Apabila saya datang melawat lagi nanti selepas Hari Raya Korban John sudah tidak ada di dalam kandangnya. Dan yang pasti pada masa itu John akan berada di dalam syurga …

Friday, December 14, 2007

Vogue


Sekali pandang macam di kompleks membeli-belah.

Siap dengan escalator lagi tu...

Lantai berkilat macam baru dipolish.
Rupa-rupanya...






Pasar Besar Peringgit, Bandar Melaka.
Tempat yang sangat menarik. Semua ada di sini.
Ayam, daging, ikan, sayur, rempah, barang runcit, kuih tradisional, baju, minyak wangi, makanan, bunga, dsb dsb dsb.


Wednesday, December 12, 2007

Kucing

“Bang, kita main apa hari ini. Bosanlah!” rungut Si Tulai. Hari sudah petang tapi mereka masih berada di dalam rumah. Undang-undang Makcik Munah, siapkan kerja rumah dahulu baru boleh turun ke tanah.

“Mari ikut saya,” Si Kancil memberi arahan. Dia dan adiknya lantas berlari menuruni tangga kayu rumah mereka. Memang di antara mereka berdua Si Kancillah yang menjadi ketua. Si Tulai yang lurus bendul itu selalu menjadi pengikut setia sahaja.

Tidak lama kemudian…

“Jangan menangis! Jaga kamu! Kalau kamu menangis saya beri kucing ini! Kamu hendak?” Si Kancil memberi amaran sambil menyuakan anak kucing ke muka Si Imi.

“Hmm….hmmm!” Si Imi tidak berani bersuara. Air mata meleleh di pipinya kerana ketakutan. Dia juga tidak dapat bergerak kerana dia telah diikat pada tiang rumahnya menggunakan tali kerbau. Abangnya Si Sudin hanya melihat sahaja kerana takut kepada Si Kancil yang berbadan tegap seperti lelaki itu. Malah dia memang berpakaian seperti budak lelaki. Oleh sebab itu Si Tulai dari dulu lagi memanggilnya ‘Abang’ gara-gara silap identiti.

“Ingat! Jangan beritahu emak kamu! Kalau tidak saya buat lagi kepada kamu!”

Si Tulai pengikut setia terkebil-kebil sambil mengintai-intai emak Si Imi dan Si Sudin.

***
Kini masing-masing sudah berkeluarga dan berpindah ke bandar lain untuk mencari rezeki masing-masing. Hanya tinggal Rin sahaja di kampong bersama ibunya. Suatu hari dia singgah menghantar kuih ke rumah Makcik Juma.

“Apa khabar Si Kancil dan Si Tulai?” tanya Makcik Juma. “Sudah lama makcik tidak berjumpa dengan mereka. Dulu masa mereka kecil-kecil makcik masih ingat lagi mereka ikat Si Imi pada tiang rumah. Nakal juga budak-budak perempuan itu, ya?” Makcik Juma tersenyum mengingatkan kisah 30 tahun lalu yang disangka menjadi rahsia kanak-kanak berdua itu.

Monday, December 10, 2007

Sleep Apnea

Pagi tadi saya dan suami pergi ke bandar Seremban melawat pelajar-pelajar MMU yang sedang menjalankan latihan praktikal di sana. Saya perlu bantuan suami kerana saya tidak berapa kenal jalan di dalam bandar itu. Saya pergi ke tiga lokasi; Allson Kelana Resort, Pusat Zakat Seremban, dan Royal Adelphi Resort. Pelajar-pelajar itu telah memberi saya peta ke tempat mereka jadi perjalanan saya sangat lancar. Saya berjumpa dengan pelajar-pelajar itu sambil bertanya tentang pengalaman mereka di tempat kerja. Kemudian saya berjumpa pula dengan supervisor mereka masing-masing untuk mengetahui prestasi kerja pelajar-pelajar itu. Kesemua supervisor amat berpuas hati dengan prestasi kerja pelajar-pelajar ini. Mudahlah saya memberi markah kepada mereka nanti.

Saya memang suka berbual dengan pelajar-pelajar saya. Mereka sangat terbuka dan suka berkongsi cerita dengan saya. Kadang-kadang saya menjadi tempat mencurahkan isi hati atau berbual tentang apa-apa saja. Dari cerita akademik sehingga cerita hantu pun ada.

Saya selesai lawatan itu pada jam 12.30 tengahari. Lalu kami terus bertolak balik ke Melaka. Saya sudah tidak mampu pergi shopping atau lain-lain lagi. Saya sudah penat. Sejak dari hari Sabtu 1hb Disember lepas, saya sudah berjalan sebanyak 5 kali. Saya mahu balik berehat.

Sampai di tol Ayer Keroh, Melaka kami beratur untuk membayar. Ditakdirkan pula barisan kami sangat lambat. Di barisan lain yang membayar tunai, sudah tiga buah kereta selesai membayar tapi barisan kami baru selesai sebuah sahaja. Kereta kami yang ke enam masa itu.

“Abang, ini sah budak sleep apnea itu yang bertugas!” kata saya sambil cuba menjenguk ke arah tempat membayar tol.

“Betul ke?”

“Tengok tu! Hendak beri duit baki pun lambat! Mungkin dia tertidur lagi!” Saya sebenarnya sudah tidah tahan untuk ke bilik air. Rupa-rupanya memang sah dia, Si Budak Sleep Apnea.

Kami telah berkenalan dengan lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 25-27 tahun. Dia ada penyakit yang dipanggil ‘sleep apnea’ iaitu masalah pernafasan semasa tidur. Pernafasannya akan terganggu membuatkan dia tidak lena tidur. Jadi pada waktu siang dia akan mengantuk tahan gaban dan mengganggu kerjanya mengutip tol. Dia boleh tertidur di atas mesin register itu sambil mengira wang baki. Menurut maklumat yang saya dapat dari internet penyakit ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan darah tinggi, sakit jantung atau strok.

Bagaimana kami tahu dia ada penyakit itu? Dia sendiri yang bercerita semasa kami membayar tol kepadanya satu ketika dulu. Mana tidak terganggu perjalanan kenderaan, betul tak? Termasuk kali ini sudah tiga kali kami berjumpa dengan dia. Saya pelik kenapa dia dibiarkan berkerja terutama sekali mengutip wang. Kan mudah kalau dia diberi kerja memberi tiket sahaja?

Jadi jika anda dalam perjalanan ke Melaka dan barisan tol anda lambat, berilah sedikit empati. Mungkin juga lelaki itu sedang bekerja. Dia bertubuh gempal, berkulit gelap, sangat ramah, dan bermata bundar (mungkin sebab tidak cukup tidur).

Sebelum beredar suami saya sempat berpesan, "Kerja baik-baik, ya dek. Jangan tertidur pula!” Dia cuma tersenyum menampakkan gigi sahaja.

Sunday, December 9, 2007

Kay-Po

“Cub tek yang it sud kaw ke bel?”

“Kan or kir?”

“Kir Mam, kan Mik.”

“Hah! Korang cakap bahasa apa tu?”

“Kakak, cerita pada adik. Tapi perlahan-lahan nanti orang dengar.”


Cuba teka apa yang sedang berlaku? Perbualan ini berlaku di dalam foodcourt Jusco Seremban 2 petang tadi. Sudah dapat? Hehehe…

Saya menggunakan bahasa potong yang saya biasa gunakan dengan kakak-kakak saya apabila kami tidak mau perbualan difahami oleh orang lain. Kami boleh bercakap bahasa ini dengan laju. Seronok tau. Cubalah…!

Sebenarnya salah satu hobi saya ialah ‘people watching’. Tidak kira di mana, samada di pasaraya, R&R, atau kedai makan, saya suka melihat gelagat orang-orang sekeliling. Bagaimana anak melayan ibunya yang tua, suami melayan isteri vice versa, anak-anak kecil di layan oleh ibubapa mereka, dan sebagainya. Saya suka melihat gelagat manusia, bukan kerana suka menjaga tepi kain orang, tapi saya suka menganalisa kelakuan manusia. Sebagai bonus, bagi yang perempuan, saya juga suka melihat pakaian, kasut, beg tangan, tudung dan barang kemas mereka. Biasalah kan, orang perempuan.

Saya dan anak-anak perempuan saya juga ada bahasa isyarat. 12 o’clock! 9 o’clock! Kadang-kadang boleh pening dibuatnya. “3 o’clock! 3 o’clock! No, not my 3 o‘clock, YOUR 3 o’clock!”

Bagi soalan di atas tadi, kami akan melihat cara mereka berpandangan, bercakap (jika kami berada dekat) dsb. Kesimpulannya tadi tidak dapat dibuat kerana terus sibuk menjelaskan bahasa potong kepada anak perempuan yang seorang lagi itu. Lepas itu perbualan kami berpindah ke topik lain sehingga terlupa topik yang asal. Go figure.

Tuesday, December 4, 2007

Travelog Haji

Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima satu bungkusan Pos Ekspres. Di dalamnya ada buku Travelog Haji Profesor Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, dihantar khas oleh penulisnya sendiri! Bangganya!

Saya mengaku telah menggunakan kabel untuk mendapatkan buku ini, siap dengan dedikasi bertandatangan lagi. Suami saya rupanya sahabat kepada Prof Kamil. Mereka sama-sama belajar di MRSM Kota Bharu, batch yang sama.

Saya belum pernah berjumpa dengan Prof Kamil. Tapi yang kelakarnya apabila suami saya memberitahu nama saya, Prof berkata,”Oooo…M*****! Dia tu kawan baik Puan Norlela Zubir!”

Sakit perut saya tergelak. Itulah. Tumpang glamer di dalam blog orang yang glamer pun boleh terkenal juga…

Jutaan terima kasih buat Prof Kamil kerana sudi menghantar buku ini kepada saya. Semoga Prof dan keluarga sentiasa diberkati Allah.

Monday, December 3, 2007

I Got the Blues

Sudah tiga hari saya hilang mood. Saya pun tidak pasti apa puncanya yang sebenar. Mungkin badan saya terkejut apabila lawatan saya dan kawan-kawan (Kak Lela, Shima, Anor) ke Batu Pahat Sabtu lalu terpaksa dibatalkan, gara-gara tuan rumah tidak bersedia. Kami sudah beria-ia hendak pergi. Kami sangat kecewa tapi akhirnya kami membuat kesimpulan, bukan rezeki kami hari itu.

Malam sebelumnya saya sekeluarga meraikan hari lahir anak saya yang ketiga. Oleh kerana kononnya kami akan ke Batu Pahat keesokan harinya maka kami raikan pada jam 12 malam 1 Disember 2007. Saya dan suami berkejar ke bandar selepas sembahyang Isya’ membeli kek aiskrim. Mungkin perut anak bongsu saya terkejut makan aiskrim tengah-tengah malam, dia muntah dan berak-berak pada keesokan harinya. Perut saya pun loya semacam juga.

Hari Sabtu itu pula buat pertama kalinya saya mengunjungi blog Lady D melalui link dari blog Kak Lela. Saya sangat sedih apabila mendapat tahu apa sudah terjadi pada beliau. Saya semakin blues hari itu.

Hari Ahad perasaan dan perut saya masih lagi tidak keruan. Saya ingat perut ini perlu diisi dengan kek coklat, jadi saya masak kek coklat dengan sos coklatnya sekali. Tapi kek itu tidak dapat menghiburkan saya.

Petang tadi saya semakin menjadi-jadi. Saya ke salon peribadi saya (huhu…Orang Rumah Barber Shop) di porch belakang rumah. Sambil saya leka di atas kerusi tinggi itu, perasaan saya tersentuh apabila saya sedar perkara-perkara yang kita selalu “take for granted”. Like this act of love by my husband.

Sambi duduk di atas kerusi tinggi itu saya bersuara, “Ayah, orang nak sedih ni tau. Biarkan saja ya.” Saya selalu beri amaran awal apabila saya ada episod-episod sebegini.

“Kenapa ni?” dia bertanya lembut.

“Saja, sedih.” Saya tidak dapat menahan perasaan lalu airmata jatuh bercucuran.

“Ingat pada siapa?” Dia tahu saya akan jadi begini bila saya rindu pada emak, arwah bapa atau arwah nenek.

“Tak ada, cuma terfikir tentang hidup.” Dia biarkan saja saya melayan perasaan.

Menulis blog memaksa saya mengingat kembali peristiwa-peristiwa lama dalam hidup saya. Itu juga membuatkan saya sedih. Tapi saya perlu melakukannya supaya memori itu tidak hilang dimakan usia.

I’ve got serious blues, babeh! But I’ll be OK soon, InsyaAllah.

(Di petik dari “Comment” di dalam blog Lady D)
"Nobody can remove hurt except Allah. Even if someone tries to cause you hurt, stay firm in your belief and remember that no one can cause you any pain if Allah does not desire it for you. " And if Allah touches you with hurt, there is none that can remove it but He; and if He intends any good for you, there is none that can keep back His favor; He brings it to whom He pleases of His servants; and He is the Oft Forgiving, most Merciful." Yunus 10:107

Sunday, December 2, 2007

The Teachers in My Life

I am putting their names here so that I will never forget.

Di Kampung
1. My Parents: They worked so hard for us. My Mother: who taught me the Tajwid very early in my life. My Late Father: who taught me kindness and compassion towards others.
2. Guru Mukhti : My Quran teacher. My father’s best friend.
3. (Arwah) Pak Ngangah Abd Majid: He gave me money for every correct spelling.


Di Sekolah Rendah Stella Maris, Tanjung Aru, KK.
4. Miss Bibi Gill: My class teacher in primary school. She called and gave my father the only application form to MRSM for me.
5. Miss Bibi’s father: He taught me the difference between: “Can I…?” and “May I…?”


Di MRSM Kuantan
6. Cikgu Ramli: MRSM Kuantan’s first Pengetua and my first Math teacher. He still remembers my name to this day. Thank you, Sir!
7. Cikgu Shahbudin (History) & (Arwah) Puan Rahmah (BM) – husband and wife.
8. Cikgu Nik (BM teacher) – a kind person.
9. (Arwah) Cikgu Junaidah (BM) – I remember her strong voice.
10. (Arwah) Cikgu Jamal (Art) – Serious but kindhearted. He helped me and my friends build a model house for our science project.
11. Cikgu Ramli (Sejarah) – Sir, your dictations were out of this world!
12. Miss Christine (English) – Cikgu Ramli’s buddy
13. Cikgu Idham (Geografi) – peta, peta, peta
14. Cikgu Fadhil (Geografi)
15. Cikgu Hussein (Sejarah)
16. Ustaz Yusof & Ustazah Latifah – cute couple.
17. Ustaz Yusof (1) – He taught me how to do my Solat 5 waktu.
18. Ustaz Wan Yusof (3)
19. Mr Wong Kok Ming (Math) – One of my favorite teachers. “Tell Laura I Love Her”. Basketball coach.
20. Cikgu Ridwan (Math) – gave me a big hamper when I was sick with chicken pox.
21. Cikgu Stephen Ambrose (English) – Your hair sir, I like…
22. Mr Liew (Math)
23. Mr Ho (Math) – “Siapa itu M. Teng?”
24. Ciku Borhan (Add Math) – Minta maaf cikgu kami suka bully Cikgu.
25. Cikgu Zakaria (BM) – my favorite teacher. He tried teaching me and Roy tennis but we were too lazy. Tak apa cikgu, at least jadi linesman MRSM vs SMS pun ok juga.
26. Cikgu Zamri (Sains/Chemistry) – Terima kasih cikgu kerana masih ingat nama saya.
27. Cikgu Rodzo (Biologi) – Incredible memory, brilliant teacher! Datang kelas bawa kapur sebatang sahaja.
28. Cikgu Razali (Biologi) – Ekspidisi Kelas Neon ke Bukit Pelindung.
29. Cikgu Kamarudin (Fizik) – sekarang Prof Dr. Many times I failed in Physics. Mujur SPM lulus.
30. Cikgu Dolah (Muzik) – He taught us the guitar and the recorder, and let us plan our own stage production. You rock, Cikgu!
31. Cikgu Faizah (Librarian) -- We know the Dewey decimals because of you. “Awak jangan bagi saya naik minyak!”
32. Cikgu Yusof Fembot (Fizik) – hockey coach. Warden.
33. Cikgu Shah (Sukan) – taught us swimming. Volleyball coach.
34. Cikgu Yusof (Biologi) – a.k.a Cikgu Montel. Never taught me but one of the most popular teachers. Mesti masuk senarai.
35. Cikgu Zaleha , Mrs Yusof Montel (Biologi) – my homeroom teacher 1
36. Cikgu Jalail (Sukan) – Homeroom teacher 2
37. Cikgu Vanaja (English) -- I caught you with wine-filled chocolates.
38. Cikgu Jambu (Geog) (tak ingat nama sebenar), Cikgu Roslan, Cikgu Halim, Mr Khoo, Mr Peter Ng (Eng), Cikgu Ghazali (Chem), Cikgu Shukor Ain (Math), Cikgu Shimah (Chem), Cikgu Samy (Mod Math), Cikgu Fariza, Cikgu Zain, Mr Micheal Tan.
39. Cikgu Ejam (Chem) - I cannot recall this particular teacher’s face, kenapa ya?

Di Tempat Kerja Dulu
40. Ustaz Ismail (Cek Wei) – Guru Quran saya. A unique way of teaching. Ajarannya melekat dalam otak saya sampai sekarang.

Sekarang
41. Puan Sifu – Puan Ainon Mohd. My mentor.

Ya Allah, Engkau lindungi dan berkati guru-guru saya di atas jasa mereka mendidik kami menjadi manusia di atas muka bumi ini.

AlFatihah. Kita sedekahkah kepada guru-guru saya yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.